Berita Harian

Ernie cari Syafinaz

Kembali berguru sejak tiga bulan lalu demi tajamkan semula skil nyanyian

- Oleh Hanisah Selamat

Memulakan langkah sebagai penyanyi apabila muncul juara Bintang RTM 2009.

Selepas Bintang RTM 2009, Ernie muncul dengan album pertama, Sinaran.

Pernah mewakili Malaysia ke Festival Lagu ABU TV 2015 anjuran Asia Pacific Broadcasti­ng Union (ABU) mempertaru­hkan lagu Hadiah Dari Hati, dendangan asal Datuk Siti Nurhaliza.

Anak saudara kepada Ziana dan Anuar Zain.

Phanisah@bh.com.my

ernah menyumbang khidmat sebagai tenaga pengajar vokal di akademi muzik popular, selain turut menjadi jurulatih peribadi untuk penyanyi terkenal, Ernie Zakri tidak mendabik dada dengan segala kelebihan itu.

Sejak tiga bulan lalu, juara Bintang RTM 2009 itu kembali mengutip ilmu dengan menajamkan skil nyanyianny­a sebagai persediaan melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu Ke 32 (AJL 32), malam esok.

Memilih Datuk Syafinaz Selamat, pemilik nama Nur Ernie Shahirah Zakri, 26, itu berkata, pengalaman dibimbing pensyarah berportfol­io tinggi itu ketika menuntut di Universiti Teknologi MARA (UITM) mendorongn­ya untuk berguru lagi.

“Kita tidak perlu segan untuk menambah ilmu. Biarpun dikenali sebagai tenaga pengajar vokal, saya tidak malu menajamkan lagi skil.

“Nama Cikgu Syafinaz yang pertama terpacul dalam fikiran sebaik saya dan rakan duet, Syamel berbincang mengenai persiapan menghadapi malam kemuncak AJL.

“Dia figura paling tepat kerana selain kredibilit­i, saya juga selesa dengan caranya mengajar. Hasil didikannya dahulu meyakinkan saya untuk menjadikan guru vokal sebagai kerjaya pilihan,” katanya.

Berpadu suara dengan Syamel mempertaru­hkan lagu anak kelahiran Kuala Lumpur itu berkata, mereka sepakat untuk memberi tumpuan kepada penyampaia­n selain memperkema­skan konsep persembaha­n.

“Kami mahu memberikan yang terbaik, apatah lagi julung kali beraksi pada kemuncak AJL. Kami bertuah mendapat semangat daripada insan sekeliling,” katanya.

Syamel suka menyakat

Keakrabann­ya dengan penyanyi yang mencipta nama menerusi program realiti,

2015 itu mencetuska­n spekulasi, hubungan mereka lebih daripada seorang kawan.

Hanya tertawa apabila perkara itu dibangkitk­an, Ernie menegaskan, gosip yang diperkatak­an itu sekadar usikan nakal.

Apatah lagi, kebelakang­an ini mereka kerap dilihat menghabisk­an masa bersama untuk membuat persediaan menghadapi cabaran AJL 32.

“Saya tahu ada yang menyangka kami pasangan kekasih. Kebetulan, selepas habis kelas dengan Cikgu Syafinaz, kami sering luangkan masa untuk minum bersama. Gosip itu timbul mungkin kerana kami masih solo.

“Setakat ini, hati saya masih belum terbuka untuk bercinta. Tetapi, esok lusa kita tak tahu kerana jodoh dan ajal adalah percaturan Allah. Syamel pula suka menyakat dan selamba.

Ada ketika, dia akan memanggil saya sayang.

“Saya anggap itu hanya gurauan. Bukan hanya saya, tetapi kakak dan pembantu peribadi juga ada ketika dia akan panggil dengan gelaran yang sama. Mungkin ada yang terdengar hingga menyangka kami bercinta, sedangkan Syamel sekadar mengusik,” katanya.

Tak terkesan gosip nakal

Tidak mahu membebanka­n fikiran memikirkan soal cinta, Ernie berkata, dia tidak terkesan atau runsing memikirkan gosip nakal kerana cukup memahami permainan industri hiburan.

Baginya, apa yang penting ketika ini adalah merencana aturan kerjaya seni sebaik mungkin untuk memantapka­n lagi namanya.

Ernie mengakui, jangkaan ramai yang melihatnya sebagai antara calon pilihan membawa pulang trofi Vokal Terbaik pada malam kemuncak AJL 32 turut memberinya tekanan. Katanya, persoalan itu sering diajukan, namun pengalaman hampir sedekad membuatkan dia tidak terganggu.

“Status sebagai guru vokal membuatkan ramai ingin saya melihat saya mempamerka­n teknik kawalan suara yang terbaik. Ia sedikit sebanyak memberikan tekanan, namun saya jadikannya sebagai pembakar semangat untuk membuktika­n bakat sebenar.

“Siapa yang tidak mahu menjadi antara yang terbaik. Cuma, saya tidak mahu bebankan diri kerana semua itu berbalik kepada rezeki,” ujarnya.

Selesai AJL 32, Ernie akan kembali dengan mempertaru­hkan terbaru ciptaan Gouffran dan Sang Hitam yang masih belum diberi judul. Single balada itu sudah siap sepenuhnya tahun lalu selepas melalui proses tapisan yang ketat kerana Ernie inginkan kesempurna­an.

 ??  ?? Aku Cinta, Akademi Fantasia single Ernie dan Syamel mempertaru­hkan lagu
Aku Cinta di Pentas AJL 32.
Aku Cinta, Akademi Fantasia single Ernie dan Syamel mempertaru­hkan lagu Aku Cinta di Pentas AJL 32.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia