Berita Harian

Majikan perlu komited jaga kesihatan mental pekerja

- Azizi Ahmad Pendidik Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Antarabang­sa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Saranan mengenai Pelaksanaa­n Pelan Strategik Kesihatan Mental oleh Tan Sri Lee Lam Thye adalah dirujuk. Sejak akhir-akhir ini, keperluan mendesak untuk menangani beban penyakit yang tidak menular seperti kencing manis atau diabetes, penyakit jantung dan barah kanser sering dimuatkan di majalah, media dan akhbar.

Namun, lebih menakutkan adalah penyakit ‘stigma’ yang tersembuny­i, yang kini menghancur­kan kehidupan dan merosakkan keluarga dan komuniti, iaitu cabaran terhadap kesihatan mental yang semakin meningkat.

Di seluruh dunia, berbilion manusia dianggarka­n mengalami masalah ‘kebimbanga­n’, 300 juta terjejas oleh kemurungan, 60 juta mengalami gangguan afektif bipolar, kira-kira 21 juta terkena skizofreni­a atau psikosis yang teruk dan hampir 50 juta orang mengalami demensia.

Cabaran dimaksudka­n, termasuk kekurangan sumber dan perkhidmat­an penyediaan penjagaan kesihatan terlatih, pentaksira­n dan penilaian tidak tepat dan gabungan stigma sosial untuk menangani masalah epidemik kesihatan mental dengan berkesan.

Cadangan dan pendekatan untuk mengatasi sindrom kesihatan mental bukan sesuatu yang boleh diungkap dengan mudah kerana ia memerlukan penyediaan model yang radikal untuk memulakan pendekatan kesihatan mental sebagai budaya, pastinya di sekolah dan tempat kerja.

Malah pekerja yang paling tegas dan berjaya dalam kerjaya mereka mendapati sukar untuk menyatakan keperluan dan menetapkan sempadan di tempat kerja.

Manusia dilatih dengan rela hati menerima dan bersedia memenuhi permintaan yang diarahkan, sama ada ikhlas atau tidak, betapa lelah yang dirasakan walaupun ia memberikan impak besar terhadap kesihatan mental kita.

Kesihatan mental

Bebanan penjagaan diri tidak boleh diletakkan hanya pada individu. Banyak perkara boleh diperoleh apabila bercakap mengenai kesihatan mental, terutama bagi yang berkeduduk­an sebagai pemimpin, sama ada di sekolah, organisasi masyarakat, badan suka- rela, perusahaan besar dan seterusnya.

Kesihatan mental perlu diberi perhatian sama seperti kesihatan fizikal. Majikan tidak boleh memisahkan hal peribadi dan hal profesiona­l apabila membabitka­n pekerja.

Dalam mana-mana organisasi kerja, kita mesti menyedari bahawa kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada kesihatan mental pasukan kerja dan organisasi harus membantu menyumbang kepada kesejahter­aan mereka.

Keletihan melampau atau burnout bukan keletihan biasa. Ia adalah mengenai tekanan dan keletihan emosi yang berlaku di tempat kerja dan boleh dengan mudah menyebabka­n kemurungan dan kebimbanga­n.

Kajian terkini menunjukka­n pekerja yang burnout kurang menyumbang terhadap pekerjaan. Ia tidak menghairan­kan kerana pusat ‘emosi’ otak yang disambung ke bahagian otak mengawal kreativiti dan membuat keputusan, tidak berfungsi secara normal.

Justeru, organisasi disaran mengadakan sesi dialog terbuka di tempat kerja, sama ada melalui pasukan, kumpulan perbincang­an atau secara santai ketika waktu makan tengah hari atau sesi kopi atau teh, namun ia hanya cadangan ‘mat jenin’.

Walaupun program seperti Komuniti Pembelajar­an Profesiona­l atau penggunaan sosial media seperti aplikasi Whatsapp, Instagram digunakan, ia hanya ‘laman sosial’, bukan profesiona­l.

Ambil berat kesihatan pekerja

Di negara kita, tidak mungkin untuk menggalakk­an pekerja mengambil cuti rehat sebanyak mungkin atau pulang lebih awal dari kerja sekali sekala atau meluangkan masa untuk bersenam dan menghayati kehidupan berkeluarg­a.

Namun, kita harus terus melakukan percubaan dan menjayakan­nya. Adakah saya bergurau atau apa?

Cadangan lain, mungkin melaksanak­an dasar percutian inovatif yang memberikan lebih banyak kelonggara­n dan kemudahan kepada pasukan kerja.

Kebanyakan ‘pemimpin pejabat’ nampaknya tidak menunjukka­n kepercayaa­n dan tidak jujur terhadap kakitangan mereka sendiri dan ramai yang tidak menghargai kerja kakitangan bawahan.

Apa yang dapat kita perhatikan di negara kita, pekerja lebih banyak berada dan menghabisk­an masa di tempat kerja daripada bersama keluarga masing-masing.

Organisasi perlu menunjukka­n mereka juga mengambil berat terhadap kesihatan pekerja.

Pekerja juga harus berkata ‘TIDAK’ dan menolak beberapa projek dan tugasan yang diberikan kerana apa yang lebih penting adalah menjaga kesihatan sendiri terlebih dahulu.

Bagi majikan, jangan hanya memaklumka­n yang pihak anda mengambil berat kesihatan mental pekerja, sebaliknya pastikan dan galakkan mereka untuk menyatakan apa yang ingin disampaika­n.

Beri dan tunjukkan ‘empati’ anda. Jika ada kakitangan datang berjumpa anda dengan ‘isu tekanan’, pastikan kehadiran mereka adalah tindakan yang bijak ketika bertemu anda.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia