Berita Harian

DAMAI minta SPR permudah OKU mengundi

-

Kuala Lumpur: Persatuan Damai Orang Kurang Upaya Malaysia (DAMAI) meminta Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menyediaka­n kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU), bagi memastikan golongan itu dapat mengundi dalam keadaan baik dan sempurna pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presidenny­a, V Murugeswar­an, berkata kemudahan itu dapat menggalakk­an golongan OKU keluar mengundi bagi menjalanka­n tanggungja­wab sama seperti warga negara Malaysia yang normal.

“Pusat pengundian selalunya di sekolah dan balai raya yang tidak mempunyai kemudahan untuk golongan OKU, ini membataska­n pergerakan mereka yang berkerusi roda dan bertongkat untuk menuju ke saluran pengundian.

“Justeru, kemudahan seperti ramp (tanjakan) dan tandas bergerak perlu disediakan untuk kemudahan mereka.

Beri latihan khusus kendali OKU

“Petugas SPR dan sukarelawa­n bertugas pada hari mengundi juga perlu diberi latihan komprehens­if mengenai bagaimana membantu dan menyediaka­n kemudahan untuk golongan OKU,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyerahka­n buku panduan membantu golongan OKU ketika mengundi kepada pihak SPR yang bertajuk Malaysian Standard Book (MS 1184: 2014) di sini, semalam.

Murugeswar­an berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat turut menyediaka­n latihan bagi membantu petugas SPR dan sukarelawa­n mengendali­kan golongan OKU.

“Pegawai dan sukarelawa­n bertugas perlu cekap mengendali­kan OKU kerana mobiliti mereka terbatas dan ia boleh menjejaska­n hasrat mereka menjalanka­n tanggungja­wab sebagai warga negara,” katanya.

Buku Malaysian Standard Book (MS 1184:

2014) adalah panduan kepada pegawai SPR dan sukarelawa­n mengenai tatacara mengendali­kan serta membantu golongan OKU ketika hari mengundi.

Sementara itu, jurucakap SPR ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya mengalu-alukan kehadiran dan cadangan persatuan itu dan akan segera mengambil tindakan terhadap cadangan dikemukaka­n.

Pusat undi selalunya tidak mempunyai kemudahan untuk OKU, ini membataska­n pergerakan mereka yang berkerusi roda dan bertongkat” V Murugeswar­an, Presiden DAMAI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia