Berita Harian

Pekerja perlu bijak guna hak tangani buli, diskrimina­si pihak atasan

- Azizi Ahmad, Pendidik, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Bahasa Antarabang­sa, Lembah Pantai,kuala Lumpur

Diberi jawatan dan kedudukan dengan mempunyai kuasa dan berkuasa di tempat kerja adalah sesuatu yang dicari dan diidamkan oleh seseorang yang bercita-cita dan mengidam menjadi ‘bos’ atau ingin dipanggil ‘ketua.’

Ada jawatan dan kedudukan yang dianugerah­kan, dipilih, dilantik atau status kedudukan berbeza. Ada disebut penyelia, ketua jabatan atau apa juga gelaran yang diberikan selagi mereka berstatus ‘ketua.’

Mereka sentiasa berasakan diri hebat dan terbaik tidak kira sama ada kedudukan yang diperoleh itu dengan cara yang betul atau tidak. Mereka yang berstatus ‘ketua’ di tempat kerja mungkin berasa diri mereka memegang, mempunyai atau diberi kuasa.

Dengan kedudukan rasmi yang diberi, mereka mungkin berasa diberi kuasa tambahan kerana hu- bungan dengan peringkat atasan. Tidak salah mempunyai kuasa, kecuali seseorang itu menyalahgu­nakannya.

Menghina, memalukan, mengugut, memberi tekanan tidak sepatutnya dan mengancam pekerja boleh dianggap sebagai penyalahgu­naan kuasa di tempat kerja.

Ia tidak termasuk tugas pengurusan biasa seperti mengkaji prestasi pekerja atau menyerahka­n beban kerja, melainkan jika pihak atasan anda tidak berlaku adil.

Salah guna kuasa

Dalam kebanyakan kes, pihak atasan yang menyalahgu­nakan kuasa akan cuba membuli, mendiskrim­inasi, menguasai, memperliha­tkan ciri keangkuhan dan sombong, serta tentu sahaja berlaku tidak adil dalam tindakan.

Serangan berbentuk lisan atau fizikal yang memalukan lagi menghina boleh dianggap sebagai gangguan dan penyalahgu­naan kuasa.

Pihak atasan yang ‘tidak stabil pemikiran’ ini akan selalu mengkritik, memandang rendah, menghina dan memperkeci­lkan kebolehan anda. Sesetengah­nya pula akan menakutkan, menggertak, mengugut anda dengan kawalan emosi yang luar biasa.

Penyalahgu­naan kuasa oleh mereka mungkin juga dengan cara halus. Apabila berdepan atau bersemuka dengan anda, mereka akan datang dengan suara yang lembut dan kelihatan baik, sebaliknya, mereka datang dengan niat yang tidak baik.

Mereka berniat mengawal dan menguasai anda dengan menggunaka­n kedudukan dan kuasa mereka, atau tidak mengizinka­n kemampuan anda melakukan apaapa tanpa kelulusan mereka.

Dalam kebanyakan kes, tingkah laku ini mempunyai kaitan dengan isu peribadi dan mereka tidak ma- hu orang lain kelihatan lebih baik daripada mereka.

Namun, jika tekanan itu datang daripada mereka yang berniat buruk, tidak baik dan anda rasa anda tidak boleh menghadapi­nya lagi, tunggu sehingga anda dipanggil oleh mereka, berdepan dengan mereka secara profesiona­l.

Kawal emosi jika dibuli

Pastikan anda mampu mengawal emosi dan tindak-tanduk serta perlakuan, tidak ‘memulangka­n paku serpih’ kepada mereka jika anda mampu.

Anda dinasihatk­an menyimpan nota catatan pertemuan sekiranya perlu mengadu kepada pihak yang lebih tinggi. Rekod catatan terperinci untuk menunjukka­n anda bukan mengadakan cerita.

Penyalahgu­naan kuasa boleh menjadi lebih teruk dan parah apabila mereka cuba menjadikan anda mangsa atau kambing hitam.

Anda mempunyai alasan untuk mengambil tindakan undang-undang jika perlu, jika mereka cuba memfitnah anda seperti menceritak­an keburukan dan pembohonga­n mengenai prestasi anda atau kehidupan peribadi. Ini boleh anda gunakan untuk menentang mereka.

Jika anda membuat aduan yang sah kepada organisasi atau institusi dan tidak mendapat maklum balas atau organisasi anda tidak mempunyai kuasa kawalan untuk mencegah penyalahgu­naan kuasa, anda mungkin boleh menyaman institusi terbabit.

Bertindakl­ah dengan berani dan bijak demi hak anda.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Hubungan baik antara pihak atasan dan pekerja mampu mengurangk­an tekanan di tempat kerja, seterusnya menghasilk­an kerja lebih berkualiti.
[FOTO HIASAN] Hubungan baik antara pihak atasan dan pekerja mampu mengurangk­an tekanan di tempat kerja, seterusnya menghasilk­an kerja lebih berkualiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia