Berita Harian

Makanan laut premium

Pilihan sos Ombak Kitchen tawan cita rasa

-

Terletak di No 5.G.01, D’ Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, Shah Alam

Bzubir_yunus@bh.com.my

erbekalkan konsep makanan segar, bertemakan warna biru dan berombak memberi inspirasi kepada pemilik restoran makanan laut untuk mengabadik­an nama restoranny­a Ombak Kitchen.

Lebih istimewa apabila pengunjung berpeluang menikmati pemanis mulutnya yang unik dikenali ‘Heavenly Manis’ disajikan mengikut konsep seni lautan.

Sajian adalah kombinasi buah-buah tropika disertakan lempeng durian tradisiona­l atau durian crepe yang membentuk seperti pelangi, ombak, pasir dan batu pantai serta hidupan bercengker­ang.

Hampir semua makanan laut di sini diimport dengan tinggi premium. Ketam nipah dan udang dibawa khas dari Indonesia, hamaguri clams atau lala (Jepun), scallops atau kupang (Filipina), tiram dan udang kara (Jepun). Kebanyakan makanan laut ini dibawa masuk menggunaka­n jalan laut, justeru, kualitinya terpelihar­a dan terus segar sehinggala­h dihidangka­n.

Pemilik Ombak Kitchen, Hafez Nasruddin, kelebihan premis makanan lautnya berbanding yang lain ialah tiga pilihan sos yang cukup istimewa iaitu Ombak Hot Cajun, Dark Chili Chocolate dan Zesty Lemon Butter.

Pilih tahap kepedasan sos

Penulis menggemari sos Ombak Hot Cajun yang disajikan dengan tiga pilihan tahap kepedasan iaitu pedas biasa jer, pedas sederhana dan boom super pedas.

Apabila menikmati sos ini, isi ketam yang masuk ke dalam mulut, mula-mula rasanya seperti sambal, namun lama-kelamaan kepedasann­ya seolah-olah berubah dan begitu lazat dengan setiap kunyahan.

“Kami bukan saja menggunaka­n rempah dari Asia, namun sesetengah ramuannya menggunaka­n rempah yang diimport dari Barat. Begitu juga dengan sos Dark Chili Chocolate, kami menggunaka­n rempah paprika dan cayenne, sekali gus menampilka­n aroma yang sukar digambarka­n dengan kata-kata ketika anda menikmati kelazatann­ya,” kata Hafez.

 ??  ??
 ??  ?? Ombak Kitche
Ombak Kitche

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia