Berita Harian

KD Sri Perlis, KD Sri Johor masih berbakti selepas 50 tahun

-

Sandakan: Terbabit dalam operasi besar iaitu konfrontas­i Malaysia-indonesia, selain Op Cabut bagi menghalang kemasukan pendatang asing Vietnam dan Op Terumbu bagi memastikan kejayaan mewujudkan stesen luar pesisir kepulauan Spratly.

Itu antara sumbangan dua kapal jenis kapal peronda iaitu

Perlis dan yang usianya kini mencapai lebih 50 tahun.

Kedua-dua kapal itu yang dibina di Limbungan Vosper Limited Portmouth, England pada 1966 adalah dua kapal masih yang digunakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai kapal latihan bagi anggota Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM).

Bekas Pegawai Memerintah KD Sri Johor yang pertama, Tan Choo Haw, 77, berkata beliau bangga apabila melihat keadaan kapal itu yang masih baik biarpun usia sudah melebihi 50 tahun.

Prestasi masih cemerlang

“Ia masih sama seperti 50 tahun lalu ketika di bawah seliaan saya. Biasanya kapal akan rosak apabila usianya lebih 20 tahun, namun KD Sri Johor dan KD Sri Perlis masih mampu bertahan sehingga sekarang.

“Saya juga difahamkan kapal masih boleh mencapai kelajuan sehingga 20 knot, berbanding ketika di bawah saya iaitu 23 knot, menunjukka­n prestasiny­a masih cemerlang.

“Kapal ini banyak beri jasa kepada Sabah khususnya ketika konfrontas­i antara Malaysia dan Indonesia yang mana ketika itu Filipina juga mahu menuntut Sabah dan tugas kami adalah menghalang perairan negeri ini daripada diceroboh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Sambutan Jubli Emas Skuadron Kapal Ronda Pasukan Simpanan Ke-13 di Pangkalan TLDM Sandakan di sini, yang dirasmikan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin.

Sementara itu, Ahmad Kamarulzam­an berkata, dua kapal itu sudah mencapai jarak perjalanan kira-kira 500,000 batu nautika dan boleh disamakan seperti mengelilin­gi dunia 21 kali.

Katanya, budaya senggaraan ke atas aset yang diamalkan TLDM membuktika­n biarpun kapal sudah lama, ia masih mampu bertahan kerana sikap bertanggun­gjawab pasukan keselamata­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia