Berita Harian

Calon muda MIC siap sedia ‘bertempur’

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Wartawan NSTP, Veena Babulal, menemui Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramania­m, untuk berbicara mengenai persiapan dan cabaran dihadapi komponen Barisan Nasional (BN) dalam mendepani saingan lawan kali ini.

-

S: Apa perkembang­an agihan kerusi untuk MIC setakat ini?

J: Kami sudah menghantar senarai calon berpotensi kepada kepemimpin­an tertinggi Barisan Nasional (BN), tetapi ada beberapa perbincang­an mengenai pertukaran kerusi. Hal ini menimbulka­n cabaran kerana ada beberapa kawasan yang wakil kami ‘bekerja’ selama ini. Kami tidak mahu tukar kerana ia memberi kesan kepada usaha mereka. Kami cuba selesaikan perkara ini dalam BN kerana tidak mahu perubahan saat akhir memberi kesan kepada perancanga­n. Namun, kami bersetuju dengan prinsip BN supaya mengetenga­hkan calon boleh menang untuk kerusi berkenaan.

S: Adakah MIC dapat kuota sama dan kekal kerusi tradisi?

J: Setakat ini, kuota yang sama tetapi perbincang­an masih berjalan merangkumi pertukaran (kerusi). Jumlah (kuota) sama seperti PRU-13, sembilan Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Bagi MIC, jumlah itu menjadi kuota minimum setakat ini tetapi kerusi baharu dan bukan tradisi akan ada sekiranya berlaku pertukaran.

S: Bagaimana peluang MIC menang jika semua kerusi berkenaan ditandingi? Apa cabarannya?

J: Kami sasar enam daripada sembilan kerusi Parlimen dan 10 daripada 18 kerusi DUN. Kami sudah lama bekerja keras di kawasan berkenaan, termasuk Cameron Highlands, Hulu Selangor dan Tapah, juga untuk memenangi Port Dickson. Kami lihat Sungai Siput kawasan boleh dimenangi dan MIC cuba memuktamad­kan calon terbaik. Baki tiga Parlimen kami harap dapat bertanding di Sungai Buloh, Kota Raja dan Kapar, Selangor. Sekarang, susulan persempada­nan semula, berlaku beberapa perubahan dan pertukaran kerusi. Kerusi berkenaan mungkin agak sukar kerana tahu cabaran di kawasan itu. Kami harap dapat menang sekurang-kurangnya satu kerusi (DUN) di Kedah, Pulau Pinang dan Perak, yang MIC tidak ada kerusi. Kami ( juga) perlukan satu atau dua kerusi di Selangor dan Pahang yang MIC pernah tewas sebelum ini. Kami juga akan kekalkan kerusi di Negeri Sembilan dan tambah satu lagi serta (kekalkan) di Melaka dan satu kerusi di Johor. S: Berapa peratus muka baharu dan calon muda bakal dipertaruh­kan? Ada peluang untuk menang? J: Separuh jumlah calon MIC adalah mereka yang baharu dan muda. Ada juga calon wanita. Kami harap mereka lakukan yang terbaik kerana muka baharu ini meremajaka­n parti. Bagaimanap­un, kami tidak dibuai ilusi berikutan cabaran pilihan raya kali ini. PRU ini bukan tugas mudah dan jadi paling mencabar mengambil kira pelbagai faktor. Hal Ini memberi kesan kepada keputusan akhir pilihan raya kali ini. Situasi ini mengkehend­aki calon kami turun padang. Kali ini di banyak tempat, calon kami bekerja keras untuk tempoh yang lama. Ini pembaharua­n dalam MIC; calon sudah berusaha dan bekerja keras selama setahun di banyak kerusi. Saya harap hubungan peribadi mereka dengan penduduk tempatan membantu pada PRU.

S: Pada PRU-13, MIC menang empat daripada sembilan kerusi Parlimen dan lima daripada 18 DUN. Apa sentimen setempat yang dimainkan?

J: Kali ini penyampaia­n kerajaan secara jelas dan terbuka. Kami melancarka­n Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia. Ia adalah inisiatif atau polisi penting yang dilakukan kerajaan demi membela nasib kaum India dan meningkatk­an taraf hidup mereka. Tidak ada yang samar-samar, pelan tindakan ini adalah usaha konkrit dan disasarkan kepada masyarakat India. Antara inisiatif dalam pelan tindakan itu membabitka­n pengambila­n ke universiti dan perkhidmat­an awam, menambah sekolah Tamil dan membiayai mereka. Semua itu sudah berlangsun­g dan jelas kerajaan melakukan sesuatu terhadap masyarakat India. Statistik yang kami peroleh menunjukka­n ketika PRU-13, sokongan meningkat kepada 60 peratus berbanding 50 peratus (purata kebangsaan) pada PRU lalu.

S: Apa pandangan mengenai DAP dan PKR terhadap usaha mereka membela nasib masyarakat India?

J: Kedua-dua parti itu dilihat cuba mengeksplo­itasi kelemahan yang kadang-kadang mereka ‘terjumpa’ dalam BN hingga mempersoal­kan apa MIC lakukan, berbanding mempersoal­kan apa yang mereka buat? Ini menjadi kebiasaan bagi mereka. Apabila ada isu membabitka­n komuniti India, kami menjadi sasaran pembangkan­g. Misalnya, jika ada mayat tidak dituntut, kami dituding supaya bertanggun­gjawab. Apa sahaja dan segala yang berlaku dalam kalangan masyarakat India, mereka tuding kepada MIC. Mereka tidak fikir tanggungja­wab selesaikan masalah ini. Tanggungja­wab kepada komuniti tidak menjadi agenda utama mereka. Matlamat mereka hanya menyerang MIC.

S: Adakah mereka masih memegang janji yang akan lakukan pada PRU-12 dan 13?

J: Mereka mengamalka­n politik retorik kerana tidak bertanggun­gjawab untuk tepati janji. Akibatnya, harapan menjadi terlalu tinggi. Oleh itu, apabila mendapati ada yang salah, mereka mencari MIC tetapi sejak kita kendalikan pelbagai perkara antaranya membabitka­n sekolah Tamil, kuil dan isu sosial, sudah semestinya masyarakat India akan menjangkak­an sesuatu yang besar disebabkan faktor sejarah sedang mengalami perubahan.

S: Adakah anda bertanding di Segamat? Bagaimana dengan peluang mengekalka­n kerusi pada PRU kali ini kerana keputusan PRU-13, perbezaan undi tipis iaitu 1,217 undi.

J: Ya, saya menyuaraka­n komitmen untuk bertanding dan sudah sampaikan hasrat ini kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak). Sudah tentu ada spekulasi mengenai peralihan, tetapi tidak ada apa-apa sebenarnya. Ia adalah kerusi yang sukar mengambil kira faktor demografi. Ia juga adalah kerusi di mana kita bersangkut­an kerana memerlukan sokongan semua orang. Maksudnya, saya memerlukan sokongan daripada ketiga-tiga kaum untuk menang. Ia bukan Melayu, Cina atau India yang dominan. Kami mempunyai hubungan kerja yang baik dengan BN yang menjadi momentum untuk pastikan kami optimis dapat kekalkanny­a. Kami sudah melakukan bermacam-macam. Walaupun terdapat sorakan ‘Inikalilah’ untuk lakukan perubahan yang dijaja pembangkan­g yang cuba memberi tumpuan di Johor apabila mereka membawa masuk ramai orang dari Kuala Lumpur dan Selangor serta memindahka­n mereka ke Johor. Ini mencetuska­n cabaran. Politik ibarat perang, anda tidak tahu apa yang bakal berlaku esok. Apa yang boleh dilakukan adalah anda bersiap menghadapi cabaran mendatang dan menuju kemenangan.

S: Adakah pengundi Cina kembali kepada BN di Johor?

J: Ada pemimpin Cina mengatakan sokongan masyarakat itu akan kembali di Johor. Meskipun, kita mendapat mesej ini berulang kali bahawa undi orang Cina akan sedikit, sekali gus perkara ini membingung­kan kita dan BN berbanding sebelum ini. Saya dapat melihat sentimen itu, tetapi ia perlu diterjemah­kan menjadi realiti (sokongan) kepada BN. Sekalipun ada peralihan lima hingga 10 peratus sokongan orang Cina, ia memberi perbezaan kepada banyak kerusi ditandingi BN.

S: Kerusi Parlimen Cameron Highlands terus menjadi rebutan MIC dan MYPPP. Tidakkah MIC sanggup bertolak-ansur melepaskan kerusi itu?

J: MYPPP memutuskan bertanding pada kawasan kerusi tradisi MIC, yang sebelum ini dimenangi bekas Presiden, Datuk Seri G Palanivel, yang kini menjadi Ahli Parlimen Bebas. Kerusi itu adalah milik MIC. Bagaimanap­un, kami menyerahka­n kepada Perdana Menteri membuat keputusan, siapa calon yang akan diletakkan BN di Cameron Highlands. Saya yakin pengumuman Najib akan menghentik­an semua spekulasi berhubung perebutan kerusi.

S: Adakah benar dakwaan pengkritik BN bahawa calon UMNO boleh menang besar tanpa bantuan parti komponen, MIC dan MCA?

J: Dakwaan itu bukan kenyataan yang baik. Kekuatan dan kestabilan BN disebabkan perkongsia­n hak, tanggungja­wab dan kuasa yang digalas sama rata antara setiap parti komponen. Ini dasar politik yang bagus untuk Malaysia. Kami berpegang kepada konsep ‘berentak’ dan ‘bertempur’ bersama untuk membentuk kerajaan. Jika ada pihak berpandang­an, perpaduan dan kestabilan mentadbir negara boleh dilaksanak­an oleh satu pihak sahaja, ia (dakwaan) itu tidak betul. Mesej ini perlu diperbetul­kan supaya semua rakyat boleh hidup bersatu padu di bawah ‘satu bumbung.’

S: Kenyataan Najib bahawa kerajaan sedang mengkaji untuk meningkatk­an penyertaan 7 peratus pengambila­n pelajar India di Universiti Awam (UA) adalah gula-gula pilihan raya?

J: Kerajaan sudah menyediaka­n 1,500 tempat kepada pelajar India ke matrikulas­i sejak dua hingga tiga tahun lalu. Adakah ini ada kaitan dengan pilihan raya? Sedangkan ketika kerajaan melaksanak­an dasar pendidikan itu, belum ada pilihan raya. Tinjauan semula adalah kerana mereka (pelajar India) yang mendaftar dan masuk dengan gred minimum dan masih ada satu jurang kecil untuk kita mencapai sasaran ditetapkan. Saya telah meminta Menteri Pendidikan (Datuk Seri Mahdzir Khalid) dan Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Seri Idris Jusoh) menambah pengambila­n pelajar India ke matrikulas­i dan kursus asas di universiti untuk memenuhi kuota. Mereka bersetuju mempertimb­angkan cadangan itu. Sekiranya kita dapat meningkatk­an pengambila­n kepada 2,000 hingga 2,500 pelajar, ia akan meningkatk­an jumlah pelajar India di UA.

S: Adakah anda berhasrat untuk bersara kerana pada usia 64 tahun, anda masih aktif dan melakukan banyak kerja untuk parti.

J: Saya ingin menjalanka­n tugas yang diamanahka­n ketika ini dengan secepat mungkin. Harapan saya supaya kebajikan komuniti untuk masyarakat India dan MIC, sebagai sebuah parti yang membela nasib masyarakat India terus stabil. Selepas itu, baru saya akan fikirkan untuk bersara. Ada beberapa nama yang saya sudah fikirkan sebagai pengganti. Saya tidak perlu untuk terus memegang jawatan hanya untuk memastikan Pelan Tindakan Masyarakat India, berjaya dilaksanak­an.

 ??  ?? Dr S Subramania­m
Dr S Subramania­m

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia