Berita Harian

PM tinjau pameran DSA 2018

-

Kuala Lumpur: Kali pertama dalam sejarah Malaysia, Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA) 2018 menyaksika­n Datuk Seri Najib Razak memanggil tembakan artileri secara langsung terus ke tapak latihan menembak sejauh 190 kilometer.

Arahan tembakan meriam yang dipancar menggunaka­n sistem teknologi maklumat termaju itu dibuat ketika kunjungan Perdana Menteri ke bilik operasi pusat kawalan dan perintah 3 Divisyen di pavilion Tentera Darat Malaysia (TDM).

Komander Divisyen Artileri Malaysia, Infanteri 3 Divisyen, Brigadier-jeneral Ahmad Abu Bakar, berkata Perdana Menteri meluangkan masa sekitar 10 minit untuk melihat sendiri kekuatan dan kemampuan bilik operasi terbabit.

Katanya, bilik operasi pusat kawalan dan perintah untuk komander 3 Divisyen itu adalah satu daripada kekuatan yang dilengkapi di lima divisyen seluruh negara bagi siaran digital secara langsung kegiatan di lapangan.

“Terdapat tiga kegiatan dinamik 3 Divisyen sedang dipancarka­n terus ke bilik ini termasuk dua daripadany­a adalah latihan menembak di Asahan, Melaka dan operasi sebenar Ops Wawasan Rantau Panjang.

“Untuk kali pertama dalam sejarah, Perdana Menteri berhubung terus pegawai pemerintah di tapak meriam yang berada sejauh 190 kilometer dari sini untuk memanggil tembakan meriam aritileri.

Lancar tembakan

“Dalam operasi sebentar tadi pegawai pemerintah di tapak meriam menerima maklum balas dengan melancarka­n tembakan tepat ke sasaran yang ditentukan dengan serta-merta,” katanya kepada media di sini, semalam.

Terdahulu, Najib meluangkan masa lebih sejam mengunjung­i tapak pameran di Persidanga­n dan Pameran DSA Ke-16 dan Pameran Antarabang­sa Keselamata­n Kebangsaan (NATSEC) Asia 2018.

Persidanga­n dan pameran selama empat hari bermula hari ini diadakan di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabang­sa Malaysia (MITEC).

Sebanyak 1,500 pempamer dari 60 negara berhimpun di bawah satu bumbung bagi mempamerka­n kekuatan dan teknologi ketenteraa­n terkini dunia.

 ?? [ FOTO OSMAN ADNAN ] Kuala Lumpur, semalam. ?? Datuk Seri Najib Razak mencuba senjata 308 Car 817 DMR Sniper ketika melawat pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA) 2018 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabang­sa Malaysia (MITEC),
[ FOTO OSMAN ADNAN ] Kuala Lumpur, semalam. Datuk Seri Najib Razak mencuba senjata 308 Car 817 DMR Sniper ketika melawat pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA) 2018 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabang­sa Malaysia (MITEC),
 ?? [FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] ?? Najib meninjau Pameran DSA Ke-16 dan Pameran Antarabang­sa Keselamata­n Kebangsaan (NATSEC) Asia 2018 di MITEC, semalam.
[FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] Najib meninjau Pameran DSA Ke-16 dan Pameran Antarabang­sa Keselamata­n Kebangsaan (NATSEC) Asia 2018 di MITEC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia