Berita Harian

90 peratus calon BN muktamad

Senarai penuh jangka diumum selewat-lewat minggu depan

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar dan Noor Atiqah Sulaiman

Datuk Seri Najib Razak dijangka serah watikah untuk 222 calon Parlimen minggu ini atau minggu depan, manakala Pengerusi BN negeri akan umum, serah watikah kepada 505 calon DUN Dalam pertemuan dengan penyandang kerusi Parlimen BN semalam, Najib nasihatkan mereka pegang prinsip wala’ dan jaga hubungan dalam parti, jangan kecewa jika tidak dipilih serta sokong semua calon BN

Barisan Nasional (BN) sudah menentukan kira-kira 90 peratus daripada calon bakal bertanding mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei ini.

Difahamkan, mereka yang terpilih sudah dimaklumka­n dan nama masing-masing dijangka diumumkan minggu ini atau minggu depan, pada satu majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, dijangka menyerahka­n watikah pencalonan kepada 222 calon kerusi Parlimen, manakala 505 calon Dewan Undangan Negeri (DUN), tidak termasuk Sarawak, akan diumum dan diserahkan Pengerusi BN negeri masing-masing, selepas itu.

“Kira-kira 90 peratus daripada calon sudah dimaklumka­n mengenai pencalonan mereka. Najib akan umumkan dalam masa terdekat, sebelum calon DUN diumumkan oleh negeri masing-masing,” kata satu sumber.

Selain UMNO, calon daripada parti komponen sudah dibincangk­an Pengerusi BN dengan 13 presiden parti komponen berkaitan, termasuk pembahagia­n kerusi.

Sebelum ini, Najib dilaporkan media sebagai berkata, senarai calon BN mungkin diumumkan lebih awal, berbanding dua atau tiga hari sebelum penamaan calon seperti kelaziman.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 April depan sebagai hari penamaan calon.

Semalam, Najib mengadakan perjumpaan dengan penyandang kerusi Parlimen BN, sekali gus menguatkan kemungkina­n senarai calon bakal diumumkan dalam tempoh terdekat.

Adakan perjumpaan

Perjumpaan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini, diadakan kira-kira seminggu selepas Najib berjumpa Menteri Besar dan Ketua Menteri daripada BN, dipercayai bertujuan memuktamad­kan calon parti itu.

Antara yang dilihat paling awal hadir ialah Pengerusi Perhubunga­n UMNO Perlis yang juga penyandang Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim serta Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Selain itu, Datuk Seri Rohani Abdul Karim (Batang Lupar) serta Datuk M Saravanan (Tapah), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Tan Sri Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru), Datuk Seri Hasan Arifin (Rompin) dan Datuk Nur Jazlan Mohamad (Pulai).

 ??  ??
 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Dari kiri atas Wan Junaidi, Shahidan, Saravanan, Shahrir dan Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Abdul Aziz Kaprawi keluar dari Seri Perdana selepas bertemu Perdana Menteri, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Dari kiri atas Wan Junaidi, Shahidan, Saravanan, Shahrir dan Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Abdul Aziz Kaprawi keluar dari Seri Perdana selepas bertemu Perdana Menteri, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia