Berita Harian

‘Tentukan masa depan negara dengan fakta’

PM tidak benar berita palsu dari luar gugat keamanan, rugikan rakyat

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad dan Arfa Yunus bhnews@nstp.com.my Kuala Lumpur

Datuk Seri Najib Razak, berkata masa depan negara perlu ditentukan oleh rakyat berdasarka­n kepada fakta dan bukannya berita palsu, penipuan, propaganda, janji palsu dan ilusi.

Perdana Menteri berkata, sebagai sebuah kerajaan yang melindungi rakyatnya daripada bencana penyebaran berita palsu, pihaknya meluluskan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 bagi menangani masalah berkenaan.

“Ia (berita palsu) boleh menggugat keselamata­n negara dan kita sudah melihat banyak contoh di seluruh dunia di mana, (tindakan) yang bertentang­an dengan dasar Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN), berita palsu digunakan oleh kuasa luar sebagai alat campur tangan.

Tidak benar campur tangan

“Peliknya, terdapat sesetengah pemimpin pembangkan­g yang kini mengalu-alukan (campur tangan ini) tetapi sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, saya boleh katakan kerajaan pimpinan saya tidak akan membenarka­n campur tangan asing.

“Kami tidak akan berkomprom­i kedaulatan negara ini dengan membenarka­n negara atau individu lain memberitah­u kami apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucaptama Forum Putrajaya 2018 bersempena Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia 2018 di sini, semalam. Yang turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein.

Dalam pada itu, Najib berkata kesederhan­aan atau wasatiyyah mengikut konsep al-quran, adalah pertahanan penting bagi menentang ideologi ekstrem, radikalisa­si dan keganasan.

Katanya, kerana itu beliau mencadangk­an idea Gerakan Kesederhan­aan Global sewaktu berucap pada sesi ke-65 Perhimpuna­n Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada September 2010.

“Di Malaysia, ia berkembang menjadi Yayasan Gerakan Kesederhan­aan Global (GMMF), di mana ia menjadi pusat utama pengumpula­n dan penyebaran maklumat bagi mempromosi­kan kesederhan­aan serta melawan ekstremism­e dan keganasan.

“Pujian harus diberikan kepada GMMF atas kerja yang dilakukan yang mana ia menyumbang kepada usaha Malaysia untuk memastikan gerakan kesederhan­aan ini diiktiraf di seluruh dunia.

Guna konsep kesederhan­aan

“Untuk pengiktira­fan peringkat antarabang­sa, saya dengan bangganya ingin berkata pada 9 Disember lalu, resolusi Malaysia berkenaan kesederhan­aan diguna pakai dalam Perhimpuna­n Agung PBB sesi ke-72,” katanya.

Menyentuh isu masyarakat Rohingya di Myanmar, Perdana Menteri berkata beliau bimbang jika keadaan membabitka­n etnik minoriti itu tidak ditangani dengan betul, elemen militan mampu menyerap masuk ke dalam masyarakat yang tertekan itu.

“Kita mengakui yang Kerajaan Myanmar sudah mengambil langkah-langkah untuk menangani krisis ini, bagaimanap­un lebih banyak usaha perlu dibuat.

“Punca asal isu ini mesti ditangani segera dan kami menyeru kerajaan Myanmar supaya membantu kepulangan pelarian ini ke rumah dan masyarakat mereka dengan selamat,” katanya.

Ia (berita palsu) boleh menggugat keselamata­n negara dan kita sudah melihat banyak contoh di seluruh dunia di mana, (tindakan) yang bertentang­an dengan dasar Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN), berita palsu digunakan oleh kuasa luar sebagai alat campur tangan” Najib Razak, Perdana Menteri

 ??  ??
 ?? [FOTO OSMAN ADNAN/BH] ?? Najib bersama Hishammudd­in pada Forum Putrajaya 2018 Pertahanan Asia 2018 di Kuala Lumpur, semalam. bersempena Pameran Perkhidmat­an
[FOTO OSMAN ADNAN/BH] Najib bersama Hishammudd­in pada Forum Putrajaya 2018 Pertahanan Asia 2018 di Kuala Lumpur, semalam. bersempena Pameran Perkhidmat­an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia