Berita Harian

Dakwaan negara muflis cubaan kelirukan rakyat

-

Kuching: Dakwaan kononnya negara bakal bankrap hanya satu cubaan mengeliruk­an rakyat, selain mahu menarik tumpuan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, berkata kedudukan kewangan negara berada pada tahap terbaik, malah mencukupi untuk menampung kos operasi dan pembanguna­n dirancangk­an kerajaan.

Beliau berkata, pencapaian itu disumbangk­an oleh kecekapan sistem pengurusan hasil negara, selain konsep perbelanja­an berhemah dilaksanak­an kerajaan tanpa mengenepik­an kepentinga­n agenda pembanguna­n serta pemerkasaa­n ekonomi dirancangk­an.

“Hutang negara ketika ini adalah 50.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Jika kita tengok Amerika Syarikat, Jepun dan Singapura, hutang mereka lebih 100 peratus tetapi negara itu tidak bankrap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an amanat kepada kira-kira 1,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Penview di De- mak Laut, di sini semalam.

Irwan menjelaska­n jika negara bankrap, sudah tentu kerajaan berdepan masalah membangunk­an negara, malah tentu sukar untuk membayar gaji penjawat awam di negara ini.

PM umum kenaikan BR1M

Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumka­n kenaikan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada RM2,000 jika Barisan Nasional (BN) memenangi PRU-14.

“Kalau negara bankrap, buat apa Perdana Menteri nak naikkan BR1M jika BN menang,” katanya.

Sementara itu, Irwan berkata, kerajaan juga akan terus mengamalka­n langkah konsolidas­i fiskal bagi mengurangk­an paras defisit secara berperingk­at, di mana tahun ini mensasarka­n 2.8 peratus berbanding 3 peratus pada tahun lalu.

Malah, katanya, kadar eksport negara juga berkembang 17 peratus pada tahun ini manakala pelaburan asing semakin meningkat di mana tahun lalu mencatatka­n peningkata­n sebanyak RM39.2 bilion.

 ??  ?? Mohd Irwan Serigar Abdullah
Mohd Irwan Serigar Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia