Berita Harian

Ekonomi digital bakal tawar lebih sejuta pekerjaan baharu

Sasaran bukti manifesto BN wujud peluang kerjaya realistik, mampu dicapai

- Oleh Che Wan Badrul Alias chewan@bh.com.my Kuala Lumpur

Ekonomi digital bakal menyumbang­kan tambahan lebih satu juta peluang pekerjaan baharu dalam tempoh lima tahun.

Angka itu sekali gus membuktika­n sasaran manifesto Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan tiga juta peluang pekerjaan baharu dan berpendapa­tan tinggi adalah realistik serta mampu dicapai.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood, berkata angka itu dijana berdasarka­n simulasi tenaga kerja ekonomi digital menjelang 2025.

Katanya, simulasi itu menunjukka­n keperluan kritikal kepada tenaga kerja berkaitan ekonomi digital termasuk programmer, jurutera perisian dan pakar pengekod siber sekuriti yang turut ditakrifka­n sebagai tenaga kerja berpendapa­tan tinggi.

“Soal peluang pekerjaan yang akan diwujudkan ini perlu dilihat dalam skop sektor ekonomi digital yang membuka banyak peluang pekerjaan kerana kita kena memahami dunia mengalami revolusi besar tidak seperti dulu apabila peluang pekerjaan hanya dibuka sekiranya ada kilang.

“Ekonomi digital yang diperjuang­kan kerajaan menjadi pemangkin perubahan kepada permintaan tenaga kerja dan peluang pekerjaan.

“Kita mengalami kekurangan tenaga kerja mencecah 10,000 dalam siber sekuriti dan perlukan 20,000 profesiona­l data menjelang 2020, kerana itu kini ada anak muda berumur 25 tahun yang menerima bayaran gaji lima angka kerana mereka sangat bagus sebagai data saintis,” katanya pada satu pertemuan di sini, baru-baru ini.

Rangsang aktiviti ekonomi

Mengulas lanjut, Yasmin, berkata selain membuka peluang pekerjaan baharu dalam industri digital, aktiviti ekonomi negara juga akan dirangsang dengan kewujudan lebih banyak usahawan atau pekerja yang memanfaatk­an platform digital untuk perniagaan mereka.

Katanya, kelompok terbabit adalah golongan yang bukan sahaja pekerja digital namun menggunaka­n platform digital untuk menjual secara e-dagang, perniagaan dalam talian dan pemasaran media sosial.

“Kerajaan bukan hanya melihat kepada angka semata-mata, tetapi strategi kami adalah menyediaka­n generasi muda yang kalis masa depan, mereka inilah yang mewarisi dan menguasai keusahawan­an digital ini.

“Saya ingin tekankan di sini, saya bukan ahli politik sebaliknya saya profesiona­l swasta dalam industri teknologi, maka bagi saya jika kerajaan tidak memberikan penekanan dalam sektor ini dalam tempoh 10 tahun, Malaysia akan mundur kerana dunia kini menuju ke arah digital.

“Kerana itu, kepemimpin­an ini perlu diteruskan untuk menjamin kelangsung­an pembanguna­n industri, kerana kita mempertaru­hkan masa depan anak muda kita sendiri, ...mereka semua akan terjejas jika tiada penekanan seperti dilakukan Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Ekonomi digital yang diperjuang­kan kerajaan menjadi pemangkin perubahan kepada permintaan tenaga kerja dan peluang pekerjaan” Yasmin Mahmood,

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC

 ?? [FOTO HIASAN] ?? yang mampu menguasai bidang keusahawan­an digital sebagai kerjaya.
[FOTO HIASAN] yang mampu menguasai bidang keusahawan­an digital sebagai kerjaya.
 ??  ?? Kerajaan mahu menyediaka­n generasi muda
Kerajaan mahu menyediaka­n generasi muda
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia