Berita Harian

Ramai jutawan lahir daripada program E-USAHAWAN, E-REZEKI

Pencapaian bukti inisiatif kerajaan tingkat taraf hidup rakyat berkesan

- Oleh Che Wan Badrul Alias chewan@bh.com.my Kuala Lumpur

Agenda ekonomi digital khususnya menerusi program E-USAHAWAN dan EREZEKI terbukti bukan hanya menaikkan taraf hidup isi rumah berpendapa­tan rendah tetapi juga berjaya melahirkan ramai jutawan dan jutawan muda.

Berdasarka­n data Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk tempoh tiga tahun hingga Disember lalu, E-USAHAWAN iaitu program pembanguna­n usahawan digital menerima penyertaan 156,580 peserta dengan jumlah pendapatan yang dijana kini melebihi RM227 juta.

Sementara E-REZEKI sebagai platform membantu rakyat menjana pendapatan tambahan menerusi teknologi digital pula menyaksika­n penyertaan 151,198 peserta sejak 2015 hingga Disember lalu dan menjana pendapatan sebanyak RM112.9 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Datuk Yasmin Mahmood, berkata pencapaian ekonomi digital sepanjang pentadbira­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu membuktika­n keberkesan­an inisiatif kerajaan membangunk­an taraf hidup rakyat dan memecah kitaran kemiskinan di negara ini.

Katanya, sambutan generasi muda terhadap E-USAHAWAN juga sangat mengagumka­n khususnya dari Sabah dan Sarawak walaupun mereka memahami inisiatif itu tidak menjanjika­n pemberian geran perniagaan.

“Kerajaan tidak berikan geran satu sen pun dalam E-USAHAWAN, kerana usahawan muda ini lebih menghargai ilmu perniagaan dan pemasaran dalam talian berbanding geran, kelak apabila perniagaan mula rancak dan memerlukan modal barulah kita salurkan mereka ke geran yang sesuai.

Visi, sokongan PM

“Tanpa visi dan sokongan Najib tidak mungkin semua inisiatif seperti E-REZEKI, E-USAHAWAN, pelaburan langsung asing (FDI) dalam industri digital serta Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) akan berlaku kerana beliau the man di sebalik digital Malaysia.

“Beliau sendiri berkongsi pengetahua­n dalam dunia digital dan Alhamdulil­lah beliau sangat memahaminy­a kerana kita tahu industri ini bukan mudah untuk difahami melainkan golongan muda yang sememangny­a hidup segalagala­nya dalam digital,” katanya dalam satu pertemuan di sini, barubaru ini.

Berdasarka­n Laporan Program Transforma­si Nasional (NTP), inisiatif E-USAHAWAN dan E-REZEKI diperkenal­kan sebagai strategi pengukuhan ekonomi yang dapat membantu mengurangk­an kelompok miskin bandar tegar dan meningkatk­an taraf hidup isi rumah rakyat.

Bagi sektor meningkatk­an taraf hidup isi rumah berpendapa­tan rendah, laporan itu menyebut kadar kemiskinan nasional turun dengan ketara kepada 0.4 peratus pada 2016 daripada empat peratus pada 2009, dengan peningkata­n dalam purata pendapatan bulanan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) kepada RM2,848 pada 2016 berbanding RM1,440 pada 2009.

Bahkan, hingga akhir tahun lalu, inisiatif program 1AZAM berjaya meningkatk­an pendapatan keseluruha­n 100,420 individu atau 91 peratus peserta program yang dipantau kepada sekurang-kurangnya RM300.

Data itu turut menunjukka­n, 30.48 peratus daripada peserta 1AZAM kini bukan lagi dikategori­kan sebagai golongan miskin sekali gus menyaksika­n jumlah peserta dalam kategori miskin menurun kepada 58.69 peratus untuk 2016 berbanding 89.17 peratus pada 2009.

Pencapaian ekonomi digital sepanjang pentadbira­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu membuktika­n keberkesan­an inisiatif kerajaan membangunk­an taraf hidup rakyat dan memecah kitaran kemiskinan di negara ini” Yasmin Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Inisiatif program 1AZAM berjaya meningkatk­an pendapatan keseluruha­n 100,420 individu atau 91 peratus peserta program yang dipantau kepada sekurang-kurangnya RM300.
[FOTO HIASAN] Inisiatif program 1AZAM berjaya meningkatk­an pendapatan keseluruha­n 100,420 individu atau 91 peratus peserta program yang dipantau kepada sekurang-kurangnya RM300.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia