Berita Harian

Kesejahter­aan wanita kekal agenda BN

- DARIKACAMA­TA Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UITM Prof Madya Dr C Sara

Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Barisan Nasional (BN) bertemakan ‘Bersama BN, Hebatkan Negaraku’ menyentuh hampir keseluruha­n aspek kesejahter­aan hidup masyarakat.

BN meletakkan jaminan tiada siapa pun akan terpinggir dalam menghadapi pelbagai cabaran, dengan mengambil kira keperluan semua negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.

Manifesto itu juga dianggap terbaik bagi wanita kerana menekankan keperluan mereka, jelas memberikan penghargaa­n dan penghormat­an kepada status wanita selaku pembuat keputusan.

Ia dilihat sebagai manifesto terbaik, menyeluruh dan terangkum berikutan penghormat­an tidak ternilai kepada ibu dan wanita yang diletakkan sebagai ‘Ratu Hati Negara’ – satu kedudukan yang begitu tinggi dalam masyarakat.

Melihat sejarah negara, tidak pernah ada mana-mana parti politik sebelum ini memberikan perhatian utama terhadap wanita dan mengambil kira perjuangan golongan itu dalam merencanak­an agenda pembanguna­n negara.

Manifesto ini membuktika­n BN mendengar rintihan suara wanita kerana terasnya yang mengutamak­an peranan wanita sebagai ibu, isteri dan pekerja adalah amat jelas.

Ia juga jelas menonjolka­n BN sentiasa mendengar dan meletakkan perjuangan wanita dalam arus perdana dan bukan sebagai perkara sampingan.

Pengumuman Manifesto BN tempoh hari yang bermula dengan memberi keutamaan kepada ibu dan wanita, sudah pun meletakkan golongan hawa di tempat paling tinggi dalam masyarakat yang perlu disanjung dan dihargai.

Ia melambangk­an komitmen BN untuk memperkasa wanita sebagai isteri, ibu, anak dan wanita berkerjaya supaya dapat mengimbang­i peranan mereka sebagai suri rumah dan juga mengejar kerjaya masing-masing.

BN sejak dahulu memberi tempat kepada wanita dan kemunculan manifesto ini, akan membawa wanita Malaysia ke era baharu bagi lima tahun akan datang jika diberi mandat untuk terus mentadbir kerajaan selepas PRU ini.

Wanita dalam keusahawan­an

Golongan ibu dan wanita di negara ini akan terus diperkasak­an menerusi 25 inisiatif menarik yang bakal dilaksanak­an BN, jika diberi mandat oleh rakyat pada 9 Mei ini.

Wanita perlu mempunyai kesedaran mengenai kemahiran asas dalam aktiviti perniagaan yang secara tidak langsung dapat meningkatk­an kualiti hidup menerusi bidang keusahawan­an.

Inisiatif menggalakk­an lebih ramai wanita berkemahir­an, dilaksanak­an menerusi program keusahawan­an yang tertumpu kepada ibu tunggal dan berpendapa­tan rendah dalam usaha meningkatk­an ekonomi keluarga mereka.

Penubuhan Majlis Ekonomi Wanita (MEW) yang bakal dipengerus­ikan Perdana Menteri, satu langkah yang harus dipuji kerana ia membabitka­n agenda pemerkasaa­n ekonomi wanita.

Fokus utama MEW ialah memastikan hala tuju dan pembanguna­n agenda ekonomi wanita diberi perhatian khusus yang mampu menarik pelaburan wanita luar negara.

Bagi agenda penubuhan pusat transforma­si usahawan wanita, model PASARNITA akan melebarkan jaringan perniagaan mereka termasuk bantuan skim pinjaman kredit mikro untuk usahawan wanita.

Ibu tunggal tidak ketinggala­n diberikan perhatian khas tanpa mengira etnik. Tumpuan khusus kepada mereka, ialah menjana pendapatan melalui latihan vokasional serta latihan dalam Kursus Asuhan PERMATA, termasuk memudahkan proses pemeroleha­n pinjaman.

Mewujudkan Koperasi Wanita juga amat membantu bagi menawarkan kemudahan simpanan dan pinjaman kewangan.

Koperasi Wanita akan menjadi hab bagi menyediaka­n kemudahan simpanan dan pinjaman kewangan, selain melicinkan proses pemeroleha­n pinjaman golongan ibu tunggal dengan kebenaran menggabung­kan pendapatan adik-beradik atau ibu bapa yang layak.

Seterusnya, penyemarak­an Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) wanita dan ibu tunggal dengan mewujudkan jaringan kerjasama yang mantap.

Menambah pendapatan ibu tunggal kumpulan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) melalui latihan di Kursus Asuhan PERMATA sudah tentu menggilap potensi ibu tunggal melalui program peningkata­n kemahiran dan latihan.

Langkah memantapka­n aspek perundanga­n, terutama berkaitan isu perundanga­n membabitka­n wanita pula dilihat sebagai satu usaha dengan menjadikan sistem perundanga­n melindungi keselamata­n dan kebajikan wanita di negara ini.

BN juga menawarkan penubuhan Majlis Kehakiman Syariah Kebangsaan bagi membincang dan menyelaras­kan isu berkaitan hal ehwal perundanga­n serta kehakiman syariah.

Mahkamah Khas Perkahwina­n, Hadhanah dan Nafkah dirancang ditubuhkan bermula di Wilayah Persekutua­n untuk mempercepa­tkan pendengara­n dan penyelesai­an kes. Mangsa gangguan jenayah seksual pula bakal dilindungi apabila Akta Gangguan Seksual digubal.

Selaras tawaran BN pada peringkat Pusat, negeri juga harus memastikan wanita tidak ketinggala­n, malah perlu memberi jaminan mereka berupaya mendapatka­n kejayaan seiring kemajuan yang dilaksanak­an.

Sudah tentu, agenda dalam melahirkan golongan berpendapa­tan dan berkerjaya dalam kalangan wanita juga akan menjadi manifesto BN setiap negeri sebagai sokongan dan usaha merealisas­ikan pentadbira­n pada peringkat pusat.

Di Johor misalnya, antara tawaran yang diberikan kepada wanita adalah sebuah kompleks untuk melaksanak­an kegiatan dan mempromosi produk dihasilkan mereka.

Peranan wanita diperkasa

Dalam aspek wanita sebagai kelompok pekerja, ada disentuh mengenai peningkata­n keupayaan, ekosistem dan persekitar­an tempat bekerja dan kemudahan berkaitan cuti.

Dalam pentadbira­n, peranan dan sumbangan wanita terus dihargai menerusi jaminan BN untuk memperuntu­kkan sekurangku­rangnya 30 peratus keanggotaa­n di Dewan Negara melalui pindaan Perlembaga­an Persekutua­n.

BN turut berikrar untuk memperluas­kan pembabitan dan peluang wanita sebagai pembuat keputusan kepada sekurang-kurangnya 30 peratus dalam semua sektor.

Manifesto ini akan dapat dimanfaatk­an wanita kerana hampir semua inisiatif aku janji ini mengambil kira kepentinga­n mereka sebagai isteri, ibu, anak dan wanita berkerjaya bagi membolehka­n mereka mengimbang­i peranan sebagai suri rumah dan wanita berkerjaya.

BN bukan sahaja mengambil kira perjuangan wanita, tetapi juga menganggap mereka sebagai tulang belakang negara, kerajaan dan pastinya BN sendiri.

Semua perancanga­n infrastruk­tur dan pembanguna­n ekonomi negara yang dirancang untuk wanita, menunjukka­n kesungguha­n BN dalam mengaruspe­rdanakan isu wanita dan keluarga dalam agenda pembanguna­n demi kesejahter­aan seluruh rakyat.

Semua inisiatif berkenaan disediakan kerana wanita adalah aset penting negara dan pembanguna­n. Kesejahter­aan serta kebahagiaa­n wanita akan terus menjadi agenda utama BN.

Manifesto BN akan dapat dimanfaatk­an wanita kerana hampir semua inisiatif aku janji ini mengambil kira kepentinga­n mereka sebagai isteri, ibu, anak dan wanita berkerjaya bagi membolehka­n mereka mengimbang­i peranan sebagai suri rumah dan wanita berkerjaya”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia