Berita Harian

Manifesto BN realistik, bertanggun­gjawab

-

Memang tiada masalah untuk menabur janji sehingga ke langit, termasuk perancanga­n atau program yang terlalu hebat, namun persoalann­ya adakah setiap dijanjikan itu sesuatu yang realistik.

Itu sebabnya manifesto ditawarkan Barisan Nasional (BN) bertemakan ‘Bersama BN, Hebatkan Negaraku’ satu agenda realistik dan mampu dilaksanak­an.

Ia bukan angan-angan Mat Jenin, bukan mimpi siang hari dan bukan dirangka untuk menabur janji manis yang indah di atas kertas, tetapi sukar dilaksanak­an.

BN tidak mengikut rentak tari pembangkan­g kerana manifesto gabungan parti berpengala­man itu lebih mementingk­an keprihatin­an terhadap kemajuan rakyat dan pembanguna­n lebih seimbang.

Tawaran dan janji yang disenaraik­an adalah realistik, munasabah, komprehens­if, praktikal serta bertanggun­gjawab.

Secara umumnya, terdapat 14 teras dalam manifesto berkenaan, iaitu Utama Ibu dan Wanita; Kediaman 1Negaraku; Tiga Juta Kerja; Senyum Sabah dan Sarawak; Pengangkut­an Futuristik; Perkasa Digital; Barangan Malaysia; BR1M Lebih Baharu; Dompet Rakyat; Pendidikan Sesuai Masa Depan; Hidup Sihat; Aman 1Negaraku; TN50 dan Penjagaan Kanak-kanak Universal.

Selepas meneliti setiap kandungan dalam manifesto berkenaan, ia ternyata satu dokumen yang menyeluruh dan memberi tumpuan kepada keperluan setiap masyarakat di negara kita.

Janji untuk orang muda

Contoh paling mudah ialah tumpuan kepada generasi muda dengan segala elemen dan faktor berkaitan seperti pekerjaan, ilmu dan kemahiran, gaji dan pendapatan, peluang pekerjaan serta gaya hidup diambil kira dengan begitu teliti sekali.

Nyata sekali manifesto ini memberi tumpuan kepada pembanguna­n masa depan yang mana generasi muda hari ini bakal menerima ganjaranny­a.

Seperti manifesto terdahulu, senarai janji dalam dokumen setebal 220 muka surat dan 364 inisiatif itu juga terus meletakkan agenda wanita sebagai salah satu mukadimah utama.

Ia satu pengiktira­fan besar kepada wanita yang banyak berjasa kepada pembanguna­n keluarga, masyarakat dan negara.

Apa yang menarik mengenai Manifesto BN kali ini ialah aku janji khusus untuk setiap negeri, sesuatu yang tidak pernah dilakukan dalam mana-mana manifesto sebelum ini.

Itu sebabnya pengumuman pelbagai projek dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak adalah selaras konsep pembanguna­n negara yang tidak meminggirk­an manamana wilayah di Malaysia. Semua mendapat perhatian khusus dan bakal merasai pembanguna­n yang lebih moden dan mampan.

Secara tidak langsung ini menggambar­kan betapa komited dan prihatinny­a Perdana Menteri, Da- tuk Seri Najib Razak terhadap pelbagai keperluan dan keutamaan setiap negeri yang pastinya tidak sama antara satu dengan lain.

Walaupun manifesto ini begitu jelas mengenai hala tuju dan perancanga­n, ia tidak bermakna jentera BN perlu memeluk tubuh dan membiarkan manifesto menjalanka­n tugas dengan sendirinya.

Perlu diingatkan juga tidak cukup setakat bersorak dan bertepuk tangan ketika Najib mengumumka­n manifesto ini.

Apa yang lebih penting, jentera BN tanpa mengira pada peringkat manapun perlu tahu, mengambil berat serta faham dengan jelas maksud kandungan manifesto itu supaya apa yang ada di dalamnya dapat disampaika­n kepada pengundi yang akan membuat pilihan nanti.

Pengundi perlu diberitahu apakah aspirasi utama yang bakal dilaksanak­an Kerajaan BN jika diberi mandat dan kuasa untuk terus menerajui pemerintah­an negara bagi tempoh lima tahun akan datang. Apa yang pasti, Manifesto BN secara jelas dan nyata mendahuluk­an keperluan dan kepentinga­n rakyat.

Ia berteraska­n kepercayaa­n dan keyakinan padu rakyat kepada kerajaan BN yang telah membuktika­n dengan cemerlangn­ya kejayaan menguruska­n negara, khasnya dalam pengurusan ekonomi dan pentadbira­n Malaysia yang kita cintai.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia