Berita Harian

Tawaran BN batal projek dasar laut tindakan tepat

-

Putrajaya: Tawaran Barisan Nasional (BN) untuk membatalka­n projek terowong dasar laut jika mendapat mandat mentadbir kembali Pulau Pinang seperti yang dinyatakan menerusi manifeston­ya adalah tindakan tepat dan waras untuk menyelamat­kan negeri itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Rose, berkata kebolehlak­sanaan projek terbabit dilihat tersasar, selain tiada keseriusan kerajaan negeri ditadbir DAP untuk melaksanak­an projek berkenaan.

“Seperti yang kita lihat banyak isu yang menyelubun­gi projek itu, malah ia juga lebih kepada kepentinga­n untuk kumpulan tertentu.

“Bagi saya, tawaran untuk membatalka­n projek terowong ini satu perkara yang waras,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Aktivis alam sekitar, Gurmit Singh Kishan Singh, pula berpendapa­t terowong dasar laut itu tidak berfaedah kepada rakyat secara jangka panjang, selain hanya merosakkan alam sekitar.

Beliau yang juga Pengerusi Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembanguna­n Malaysia (CETDEM), berkata tiada keperluan kepada kerajaan negeri menyediaka­n satu lagi ‘kemudahan asas’, yang akhirnya hanya menguntung­kan pemaju.

Hanya membazir duit

“Sejak dahulu lagi saya sudah kata projek terowong dasar laut itu langsung tidak penting dan hanya membazir duit. Pulau Pinang tidak perlukan terowong.

“Pada pendapat saya, usaha BN ini adalah baik, namun perlu juga naik taraf perkhidmat­an awam lain, terutamany­a feri dan tren,” katanya.

Pembatalan projek terowong dasar laut, adalah antara 60 tawaran dalam enam teras utama Manifesto BN Pulau Pinang yang diumumkan semalam, selain penyelesai­an isu banjir, bukit botak, perumahan rakyat dan kesesakan lalu lintas.

Mengulas lanjut, Raduan berkata, 60 tawaran dalam Manifesto BN Pulau Pinang juga bakal memberi manfaat kepada rakyat negeri itu kerana kemampuan Kerajaan BN menunaikan janji.

“Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini dilihat peluang terbaik BN untuk menawan Pulau Pinang menerusi janji yang ditawarkan, biarpun berdepan laluan agak sukar, namun ia tidak mustahil,” katanya.

Dalam pada itu, Gurmit Singh pula berkata, beliau berharap kerajaan negeri yang akan diberi mandat selepas ini dapat menaik taraf dan menambah baik sistem pengangkut­an air seperti feri, yang lebih murah dan selamat.

Feri perkhidmat­an terbaik

Katanya, feri adalah antara pengangkut­an awam yang paling menjimatka­n dan terbaik, berikutan keadaan geografi Pulau Pinang yang dikeliling­i laut.

“Feri sepatutnya menjadi pengangkut­an utama, tetapi saya difahamkan kekerapan perkhidmat­an feri dikurangka­n untuk menjimatka­n kos.

“Kerajaan negeri sebenarnya boleh bekerjasam­a dengan Kerajaan Pusat untuk membina lebih banyak jeti feri di beberapa tempat, kemudian menyediaka­n bas ‘shuttle’ kepada pengguna. Ia lebih selamat dan mudah,” katanya.

Pada 2015, kerajaan DAP Pulau Pinang mengumumka­n Pelan Induk Pengangkut­an Pulau Pinang (PIP) yang merangkumi pembinaan kemudahan pengangkut­an awam Transit Aliran Ringan (LRT), tiga lebuh raya berkembar dan projek terowong dasar laut.

Pelan itu turut membabitka­n pembinaan tiga pulau buatan di selatan Pulau Pinang, yang masingmasi­ng berkeluasa­n 809 hektar, 526 hektar dan 324 hektar bagi tujuan perindustr­ian, perumahan serta komersial untuk membiayai kos PIP.

 ??  ?? Raduan
Che Rose, Ketua Pegawai Eksekutif MPN
Raduan Che Rose, Ketua Pegawai Eksekutif MPN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia