Calon BN tentang Hadi berpotensi jadi ‘giant-killer’

BN diyakini letak tokoh digemari rakyat, cerah peluang menang kerusi Marang

Berita Harian - - ISU - Oleh Helmy Abd Rahman dan Baharom Bakar

Mana-mana calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Marang menentang Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, berpotensi menjadi ‘giant-killer’ kedua selepas Datuk Seri Abdul Rahman Bakar.

Abdul Rahman pernah mengalahkan Hadi sebanyak dua kali iaitu dalam PRU pada 1986 dan 2004 sehingga digelar sebagai ‘giant killer’ oleh pemerhati politik tanah air.

Letak calon digemari

Ketua UMNO Bahagian Marang, A Latiff Awang, berkata beliau percaya pucuk pimpinan BN akan meletakkan calon yang digemari masyarakat setempat, sekali gus mencerahkan peluang menang di kerusi itu.

“Tak mustahil akan wujud ‘giant killer’ kedua selepas (Abdul) Rahman Bakar, lebih-lebih lagi kini wujud perpecahan dalam pembangkang itu sendiri dengan kemunculan PAN (Parti Amanah Negara).

Yakin rakyat pilih calon BN

“Selain itu, dalam tempoh lima tahun, kerajaan negeri sudah memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Marang, termasuk di DUN (Dewan Undangan Negeri) yang kalah.

“Saya yakin rakyat Marang akan memilih calon yang mampu dan sudah terbukti sering membela mereka iaitu BN,” katanya kepada NSTP ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, DUN Alor Limbat dan Bukit Payong yang kini dikuasai pembangkang juga berpotensi cerah untuk kembali jatuh ke tangan BN.

“Dua DUN ini pernah dimiliki BN, bukan sekali tetapi banyak kali dan kerana itu saya yakin BN akan menguasai semula kedua-dua DUN ini, selain mengekalkan kerusi Pengkalan Berangan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.