Berita Harian

Gadis kesal gambar jadi modal kempen

-

Shah Alam: Seorang gadis yang gambarnya dijadikan ‘modal’ kempen sebuah parti politik berharap tiada lagi gadis lain yang menjadi mangsa sepertinya.

Nurul Aida Azira Mohd Kassim, 19, berkata tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pihak tidak bertanggun­gjawab itu, sekali gus memberi pengajaran kepada semua pihak untuk lebih berhati-hati pada pada masa depan.

“Saya harap perkara begini diberi perhatian serius dan diambil tindakan kerana tidak mustahil selepas ini mungkin ada individu lain diperlakuk­an seperti saya.

Keluarga terkejut

“Saya tidak menyangka ada pihak sanggup bertindak sampai begitu sekali semata-mata untuk promosi parti politik mereka. Saya memang kecewa. Memang keluarga saya terkejut tetapi mujur keluarga banyak beri sokongan kepada saya,” katanya kepada NSTP di sini, semalam.

Nurul Aida Azira yang juga penuntut universiti swasta berkata, beliau membuat laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Pandamaran Jaya pada Sabtu lalu.

“Saya juga sudah viral laporan polis saya di media sosial. Pihak bertanggun­gjawab masih belum mengemukak­an permohonan maaf kepada saya. Pelik kenapa mereka sanggup curi gambar sampai ke tahap ini.

“Gambar ini diambil ketika menjadi model produk tudung sebelum dimuat turun ke Instagram pada Januari lalu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia