Berita Harian

MB Negeri Sembilan mahu pertahan DUN Rantau

-

Bahau: Walaupun sudah berulang kali Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, menegaskan akan mempertaha­nkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), khabar angin beliau akan beralih ke kerusi Parlimen tetap belum reda.

Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, beliau percaya khabar angin itu sengaja disebarkan pihak tertentu untuk menimbulka­n kegelisaha­n dalam kalangan penyokong dan pengundiny­a.

Perang psikologi

“Ini sebenarnya perang psikologi yang dilakukan pihak tertentu untuk membuatkan penyokong saya gelisah. Pihak terbabit tahu, saya adalah tambatan BN Negeri Sembilan dan besar kemungkina­n akan terus dipilih menjadi Menteri Besar sekali lagi jika bertanding di DUN Rantau.

“Biasalah, ini (penyebaran khabar angin) politik. Ada politik dari dalam dan ada politik dari luar tetapi biasanya dari luarlah.

Tak hilang tumpuan

“Ini cara mereka supaya orang parti kacau-bilau dan juga mengganggu tumpuan saya. Namun, saya tidak akan hilang tumpuan (dalam menghadapi PRU-14),” katanya selepas merasmikan Medan Niaga Bahau di sini, semalam.

Mohamad mengulas mengenai khabar angin yang masih bertiup kencang kononnya beliau akan diletakkan bertanding di kerusi Parlimen Rembau bagi membolehka­nnya dilantik sebagai menteri dalam kabinet baharu kerajaan.

Beliau yang berpengala­man luas dalam bidang perniagaan serta korporat sebelum menyertai arena politik, dikata mampu memainkan peranan dengan cemerlang jika memegang portfolio berkaitan perdaganga­n dan industri.

Sementara itu, Medan Niaga Bahau yang dahulu dikenali sebagai Pusat Penjaja Bahau, dilengkapi 112 unit gerai dan pelbagai kemudahan awam yang dibina membabitka­n kos RM3.975 juta.

 ?? [FOTO HAZREEN MOHAMAD/BH] ?? Medan Niaga Bahau yang berwajah baharu dirasmikan Mohamad, semalam.
[FOTO HAZREEN MOHAMAD/BH] Medan Niaga Bahau yang berwajah baharu dirasmikan Mohamad, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia