Berita Harian

Bantuan BR1M ringan beban rakyat

Terbukti bantu kumpulan berpendapa­tan rendah kurangkan tekanan hidup

- Oleh Nor Affizar Ibrahim

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat sejak diperkenal­kan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 7 Oktober 2011 dalam Bajet 2012, terbukti membantu kumpulan berpendapa­tan rendah meringanka­n tekanan.

Dicadangka­n Jawatankua­sa Fiskal terdiri daripada jabatan kerajaan termasuk Bank Negara Malaysia, Unit Perancang Ekonomi, Kementeria­n Kewangan dan sebagainya, berdasarka­n pelaksanaa­n inisiatif rasionalis­asi subsidi yang mengalihka­n secara berperingk­at pemberian subsidi pukal yang membawa banyak ketirisan kepada subsidi bersasar untuk kelompok yang betul-betul memerlukan­nya.

Pada masa sama, tekanan ekonomi global dan kelembapan ekonomi dunia mempengaru­hi kestabilan ekonomi Malaysia, akibatnya tekanan inflasi semakin kuat serta ekonomi agak tidak stabil.

Justeru, BR1M turut dilihat sebagai bantuan langsung kepada kumpulan sasar yang kurang bernasib baik menerusi kaedah lebih berkesan dan cekap.

BR1M sentiasa diperbaiki

Pada mula diperkenal­kan, bantuan BR1M hanya RM500 kepada isi rumah berpendapa­tan bulanan tidak melebihi RM3,000. Setiap tahun selepas itu, BR1M sentiasa diperbaiki hinggalah pada Bajet 2018, nilai bantuan terus ditambah, manakala sasaran penerima diperluask­an.

BR1M memanfaatk­an 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang dari seluruh Malaysia. Usaha menangani kos sara hidup rakyat, ternyata mencapai matlamat 100 peratus petunjuk prestasi utama (KPI) secara konsisten menerusi pemberian bantuan berkenaan.

Bagi BR1M 2018, sebanyak 7,084,726 permohonan diluluskan sehingga 31 Mac lalu dan ia membabitka­n jumlah peruntukan sebanyak RM6.12 bilion.

Jumlah peruntukan itu merangkumi bantuan RM1,200 kepada 3,705,853 penerima isi rumah yang berpendapa­tan bulanan RM3,000 dan ke bawah serta bantuan RM900 kepada 324,973 penerima isi rumah yang berpendapa­tan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000.

Ia juga termasuk bantuan RM450 kepada 3,053,900 penerima individu yang berpendapa­tan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Kadar BR1M untuk tahun ini sama seperti jumlah ditetapkan tahun lalu, tetapi dalam Manifesto yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak 7 April lalu, ada berita gembira untuk rakyat Malaysia.

Bantuan sebanyak RM1,500 untuk anak-anak penerima BR1M yang mendaftar di pusat pengajian tinggi. Bagi isi rumah berpendapa­tan RM3,000 hingga RM4,000, berjumlah RM300 digandakan kepada RM600, bermakna jumlah keseluruha­n meningkat daripada RM900 kepada RM1,500.

Individu atau bujang yang berpendapa­tan RM2,000 ke bawah yang menerima BR1M sebanyak RM450, ditambah sebanyak RM150 pada Jun, bermakna jumlah keseluruha­n adalah RM600.

Selain itu, isi rumah berpendapa­tan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan pula menerima RM700 dengan pembayaran dua kali pada Jun dan Ogos.

Menerusi pemberian BR1M berterusan itu, ia membantu penerimany­a menampung kos barangan runcit, bil bulanan dan perbelanja­an sekolah.

Paling penting, bantuan BR1M pemberian telus kerajaan kepada rakyat yang diberikan terus kepada semua yang layak, tanpa mengira kaum, agama mahupun latar belakang politik. Malah, mereka yang menerima bantuan kebajikan sedia ada juga diberikan bantuan BR1M.

BR1M juga diterima baik ahli ekonomi, malah pakar ekonomi menyatakan pemberian tunai kepada rakyat memberi kesan baik kepada ekonomi negara.

Tingkat daya beli rakyat

Ini berikutan ia meningkatk­an daya beli rakyat, sekali gus menjana ekonomi setempat. Pemberian tunai seumpama itu dilakukan banyak negara, bukan hanya Malaysia. BR1M juga dilihat sebagai satu formula ekonomi untuk menstabilk­an tekanan inflasi.

Menurut BNM, BR1M turut menyokong dari segi perbelanja­an dan pertumbuha­n berikutan kecenderun­gan kumpulan berpendapa­tan rendah untuk berbelanja adalah tinggi.

Pemberian BR1M yang berperanan sebagai bantuan langsung dan bersasar, berupaya menumpukan pertimbang­an ekonomi bagi membantu golongan miskin serta memastikan subsidi bersasar itu lebih cekap serta dilaksanak­an secara berkesan.

Selain itu, mekanisme pemindahan tunai itu turut dilihat sebagai langkah pertama dan penting ke arah pembaharua­n sistem kebajikan dan perlindung­an sosial negara yang lebih mendalam.

Bukan sahaja diterima baik dalam negara, bantuan BR1M juga diiktiraf oleh Bank Dunia dan Tabung Mata Wang Antarabang­sa (IMF).

Malah, BR1M terbukti antara model bantuan terbaik sehingga menjadi ikutan Arab Saudi dan Mesir untuk melaksanak­an konsep sama. Ini bermakna apa yang kerajaan buat adalah langkah tepat.

 ??  ??
 ??  ?? Usaha tangani kos sara hidup rakyat, ternyata capai matlamat 100 peratus KPI secara konsisten menerusi pemberian BR1M.
Usaha tangani kos sara hidup rakyat, ternyata capai matlamat 100 peratus KPI secara konsisten menerusi pemberian BR1M.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia