Berita Harian

Kebajikan 4,000 veteran tentera OKU tak diabai

-

Johor Bahru: Kira-kira 4,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara yang bergelar orang kurang upaya (OKU) tersenarai sebagai golongan layak menerima sumbangan menerusi Tabung Pahlawan.

Presiden Persatuan Veteran ATM (PVATM), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, berkata ia termasuk 400 veteran yang pernah berkhidmat ketika darurat, selain 3,000 lagi terbabit dalam kemalangan ketika dalam perkhidmat­an, manakala bakinya hilang upaya selepas tamat perkhidmat­an.

Beliau berkata, beberapa syarat ditetapkan bagi mendapatka­n sumbangan berkenaan, termasuk veteran berkenaan seharusnya memiliki kad OKU dikeluarka­n Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Miliki kad OKU

Katanya, sekiranya gagal memiliki kad OKU atas faktor tertentu, pihaknya sedia turun padang mengunjung­i veteran berkenaan bagi mengenal pasti keadaan mereka.

“Seramai 246 cawangan persatuan berkenaan di seluruh negara berfungsi sebagai mata dan telinga PVATM, termasuk menjejaki veteran ATM OKU.

“Selepas saringan, mereka yang layak akan menerima wang tunai RM500 setiap seorang dan bagi tahun ini proses penyerahan sumbangan yang dimulakan sejak awal tahun dijangka selesai sebelum Ramadan.

500 terima sumbangan

“Bagi balu veteran ATM OKU atau anak mereka akan menerima sumbangan wang tunai RM300,” katanya pada sidang media sempena Majlis Jejak Veteran dan Penyampaia­n Sumbangan Kebajikan daripada Tabung Pahlawan untuk Veteran Orang Kurang Upaya (OKU), Balu Veteran OKU dan anak-anak Veteran OKU di MPC di sini, semalam.

Pada majlis berkenaan, seramai 500 menerima sumbangan, termasuk veteran OKU, balu atau anak veteran OKU di seluruh Johor.

Sementara itu, veteran OKU, Jaafar Abdul Samad, 74, berkata beliau dan keluarga bersyukur apabila terpilih sebagai penerima sumbangan berkenaan.

 ?? [FOTO ZAIN AHMED/BH] di MPC Johor Bahru, semalam. ?? Mohd Anwar (dua dari kiri) beramah mesra dengan penerima sumbangan veteran tentera
[FOTO ZAIN AHMED/BH] di MPC Johor Bahru, semalam. Mohd Anwar (dua dari kiri) beramah mesra dengan penerima sumbangan veteran tentera
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia