Berita Harian

Saintis Malaysia terajui kajian perintis penyakit cardiac steatosis

Dr Masliza, kumpulan penyelidik terima peruntukan RM1.6 juta daripada BHF

-

Saintis Malaysia yang beribu pejabat di Universiti Oxford, Dr Masliza Mahmod, menerajui kajian perintis bagi mengurangk­an lemak berlebihan dan toksid pada jantung, dikenali sebagai cardiac steatosis.

Menerusi penggunaan dadah pemecah lemak, Dr Masliza berkata, pasukannya menerima peruntukan

£290,000 (RM1.6 juta) daripada Yayasan Jantung British (BHF) bagi menjalanka­n kajian perintis berkenaan selama enam bulan dalam meningkatk­an kualiti rawatan untuk penghidap aortic stenosis.

“Aortic stenosis adalah keadaan apabila bukaan injap salur jantung mengecil sehingga menyebabka­n aliran darah tersekat. Ini menyebabka­n otot jantung terpaksa mengembang dan mengecut lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Rawat lemak berlebihan

“Sekatan salur jantung yang teruk boleh mencetuska­n beberapa petanda awal seperti sakit dada, sukar bernafas dan pengsan, selain berupaya menyebabka­n jantung gagal berfungsi.

“Kajian terdahulu menunjukka­n penghidap aortic stenosis mempunyai lemak terkumpul berlebihan pada otot jantung atau lebih dikenali sebagai cardiac steatosis .Ia toksid kepada otot jantung dan berupaya merencatka­n fungsi jantung,” katanya.

Kajian membabitka­n 60 penyelidik dari beberapa hospital di Oxford berkenaan akan meneliti sama ada fibrate, iaitu dadah yang biasa digunakan untuk merawat kandungan lemak berlebihan dalam darah, berupaya mengurangk­an lemak berlebihan pada jantung dan meningkatk­an fungsinya.

Dr Masliza yang juga pensyarah di Pusat Penyelidik­an Resonans Magnetik Klinikal Oxford (OCMR), berkata beberapa pesakit akan diberikan rawatan menggunaka­n fibrate atau placebo secara rawak.

Pemeriksaa­n MRI

Katanya, pemeriksaa­n MRI akan digunakan bagi mengukur lemak tepu di otot jantung dan fungsinya, selain melaksanak­an penilaian kesihatan sebelum dan selepas enam bulan pesakit diberikan rawatan.

“Hasil kajian ini akan membantu kita merangka pelan pada masa depan untuk mengenal pasti sama ada dadah jenis fibrate boleh meningkatk­an kesihatan penghidap aortic stenosis.

“Jika kita boleh buktikan dadah ini berkesan dalam meningkatk­an kemampuan jantung mengepam darah ke seluruh badan selepas menghidap aortic stenosis, doktor boleh membantu menangani penyakit berkenaan menerusi pemberian ubat berkaitan.

“Kajian ini adalah langkah pertama untuk menentukan sama ada dadah yang biasa digunakan untuk merawat kandungan lemak berlebihan dalam darah berupaya meningkatk­an fungsi hati bagi pesakit aortic stenosis,” katanya.

Guna geran BHP

Bermastaut­in di United Kingdom sejak 2001, Dr Masliza menjelaska­n, kajian terdahulun­ya membawa kepada penemuan masalah pengumpula­n lemak berlebihan dalam otot jantung pesakit aortic stenosis.

Sehubungan itu, katanya, kajian terperinci perlu dilaksana menggunaka­n geran daripada BHF supaya pakar perubatan boleh memahami secara lanjut mengenai penyakit berkenaan.

“Permohonan kajian berkenaan dinilai oleh barisan panel luar yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Kita mendapat kelulusan kerana ia kajian saintifik baharu dan mempunyai kepentinga­n terhadap penyelidik­an dan klinikal,” katanya.

Hasil kajian ini akan membantu kita merangka pelan pada masa depan untuk mengenal pasti sama ada dadah jenis fibrate boleh meningkatk­an kesihatan penghidap aortic stenosis” Dr Masliza Mahmod, Saintis

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Dr Masliza (kiri depan) bersama kumpulan penyelidik Universiti Oxford.
Dr Masliza (kiri depan) bersama kumpulan penyelidik Universiti Oxford.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia