Berita Harian

Mangsa dibunuh angkara cemburu

Pasangan kekasih antara tiga ditahan bantu siasatan

- Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

Seorang lelaki yang ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di kawasan Ladang Sungai Rui, Ban Pasir, Jalan Gerikkupan­g, Gerik, pada 7 April lalu, dipercayai dibunuh akibat cemburu.

Motif pembunuhan itu diketahui selepas polis menahan dua lelaki dan seorang wanita yang juga bekas isteri mangsa di sekitar daerah itu, pada Selasa lalu.

Dalam kejadian pada jam 4 petang itu, mayat Kamarulzam­an Safri, 38, yang menjalanka­n perniagaan sewa lori ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di kepala, dada dan perut dalam keadaan lengkap berpakaian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman, berkata suspek seorang lelaki dan wanita yang ditahan adalah pasangan ke- kasih, manakala mangsa merupakan bekas suami wanita berkenaan.

Beliau berkata, siasatan awal dijalankan polis mendapati pasangan kekasih berusia 41 dan 38 tahun itu terbabit dalam kes berkenaan selepas kedua-dua mereka membuat pengakuan ketika disoal siasat, manakala seorang lagi lelaki ditahan hanya untuk membantu siasatan.

“Semalam (kelmarin), suspek lelaki dan perempuan memberitah­u apa yang berlaku dan membawa sepasukan polis pergi ke rumah emak suspek lelaki di Kampung Jong, Gerik dan menunjukka­n pistol yang digunakan untuk menembak mangsa.

“Pistol jenis Colts Convenent itu dipercayai diperoleh dari negara jiran dan turut ditemui 35 butir peluru yang masih disimpan, manakala dua telefon bimbit mangsa ditemui di bawah sebuah jambatan di Gerik,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, semalam.

Mangsa mahu rujuk dengan bekas isteri

Yahya berkata, mangsa yang sudah bercerai dengan suspek wanita pada Disember lalu dipercayai mahu merujuk kembali hubungan mereka, menyebabka­n suspek lelaki yang juga kekasih wanita itu berang dan membunuh mangsa.

Katanya, suspek lelaki yang merupakan penjawat awam itu sudah berkahwin dan menjalinka­n hubungan cinta dengan bekas isteri mangsa, yang juga seorang kontraktor di sekitar daerah Gerik.

“Semua suspek kini direman tujuh hari bermula 11 April lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Dengan pengakuan kedua-dua suspek itu, polis yakin berjaya menyelesai­kan kes pembunuhan dan kertas siasatan akan dirujuk untuk pendakwaan,” katanya.

Pada 7 April lalu, BH melaporkan hasil pemeriksaa­n di lokasi kejadian menemui tiga kelongsong peluru dan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki berhampira­n mayat mangsa.

 ?? [FOTO EFFENDY RASHID/BH] ?? Yahya (dua dari kanan) menunjukka­n pistol yang digunakan suspek, pada sidang media di IPK Perak, semalam.
[FOTO EFFENDY RASHID/BH] Yahya (dua dari kanan) menunjukka­n pistol yang digunakan suspek, pada sidang media di IPK Perak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia