Berita Harian

Siasatan polis ikut kes merusuh

-

Shah Alam: Seorang pelajar dalam rakaman video viral yang dipercayai merelakan diri dipukul ketika menyambut hari lahir di sebuah sekolah di sini, sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata mangsa membuat laporan di Balai Polis Seksyen 9 pada jam 8.53 malam.

Kejadian berlaku pada Februari lalu

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada Februari lalu.

“Kita sedang menyiasat kes ini mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Beliau berkata, pihak sekolah juga sudah mengenal pasti semua pelajar terbabit dan siasatan terperinci sedang dijalankan.

NSTP kelmarin, melaporkan seorang pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah di bandar raya ini dipercayai merelakan diri dibelasah sekumpulan rakan ketika menyambut hari lahirnya.

Mangsa ditendang, pukul guna batang penyapu

Menerusi rakaman video berdurasi 29 saat yang viral dalam media sosial, kira-kira lapan pelajar lain menyanyika­n lagu Happy Birthday To You kepada seorang rakan mereka di dalam kelas sebelum bertindak memukulnya.

Selain ditendang, pelajar terbabit dipukul oleh beberapa rakannya menggunaka­n batang penyapu.

NSTP difahamkan, sambutan sedemikian adalah ‘tradisi’ bagi segelintir pelajar di sekolah itu dan kejadian berlaku pada Februari lalu.

Kita sedang menyiasat kes ini mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Pihak sekolah juga sudah mengenal pasti semua pelajar terbabit” Baharudin Mat Taib, Ketua Polis Daerah Shah Alam

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia