Berita Harian

Polis buru empat disyaki militan Daesh

Kumpulan pengganas rancang serang rumah ibadat, bunuh anggota keselamata­n

- Oleh Nor Azizah Mokhtar dan Teoh Pei Ying

Polis sedang mengesan empat individu, termasuk dua beranak disyaki pengganas Daesh yang merancang melancarka­n serangan ke atas rumah ibadat dan membunuh anggota polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata enam daripada anggota Daesh dari sel sama sudah ditahan Bahagian Antikegana­san Cawangan Khas di Johor, antara 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

“Namun begitu, ada empat lagi baki disyaki anggota Daesh daripada sel sama masih bebas dan berbahaya.

Gugat keselamata­n negara

“Justeru, kita sedang berusaha mengesan keempat-empat mereka yang mampu melancarka­n tindakan yang boleh mengganggu gugat keselamata­n negara,” katanya dalam kenyataan dikeluarka­n Bukit Aman, semalam.

Katanya, mereka adalah Muhamad Faizal Muhamad Hanafi, 29, dan bapanya, Muhamad Hanafi Yah, 51, kedua-dua mereka berasal dari Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan; Nor Farkhan Mohd Isa, 31, berasal dari Nombor 18 Jalan Nakhoda 21, Taman Ungku Aminah, Skudai, Johor dan Awae Wae-eya, 31, dari Narathiwat, Thailand.

“Orang ramai yang ada maklumat mengenai keempat-empat individu ini boleh menghubung­i Pegawai Penyiasat dari Bahagian Antikegana­san Cawangan Khas Bukit Aman, Inspektor Mohd Badri Othman di talian 017-6727120 atau mana-mana balai polis berhampira­n.

“Mana-mana individu yang didapati menyembuny­ikan maklumat, bersubahat atau melindungi mereka, boleh dituduh mengikut Seksyen 10M, 130K dan 130L Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjarak­an antara tujuh hingga 30 tahun,” katanya.

 ??  ?? Nama: Nor Farkhan Mohd Isa Warganegar­a: Malaysia
Nombor kad pengenalan: 870711-01-5487
Nombor pasport: A 37375889 Alamat: Nombor 18 Jalan Nakhoda 21, Taman Ungku Aminah, Skudai, Johor.
Nama: Nor Farkhan Mohd Isa Warganegar­a: Malaysia Nombor kad pengenalan: 870711-01-5487 Nombor pasport: A 37375889 Alamat: Nombor 18 Jalan Nakhoda 21, Taman Ungku Aminah, Skudai, Johor.
 ??  ?? Nama: Muhamad Hanafi Yah Warganegar­a: Malaysia Nombor kad pengenalan: 670506-71-5437
Nombor pasport: Tiada
Alamat: Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan
Nama: Muhamad Hanafi Yah Warganegar­a: Malaysia Nombor kad pengenalan: 670506-71-5437 Nombor pasport: Tiada Alamat: Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan
 ??  ?? Nama: Muhamad Faizal Muhamad Hanafi Warganegar­a: Malaysia Nombor kad pengenalan: 890115-03-5113
Nombor pasport: A 34507735 Alamat: Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.
Nama: Muhamad Faizal Muhamad Hanafi Warganegar­a: Malaysia Nombor kad pengenalan: 890115-03-5113 Nombor pasport: A 34507735 Alamat: Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.
 ??  ?? Nama: Awae Wae-eya
Warganegar­a: Thailand
Tarikh lahir: 7 Mac 1981
Nombor pasport: AA6228527
Alamat: Cho-airong, Narathiwat, Thailand.
Nama: Awae Wae-eya Warganegar­a: Thailand Tarikh lahir: 7 Mac 1981 Nombor pasport: AA6228527 Alamat: Cho-airong, Narathiwat, Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia