Berita Harian

Napsiah meninggal akibat barah hati

Jenazah veteran UMNO dijangka dikebumi di Kuala Pilah hari ini

- Oleh Mohd Hasbi Sidek dan Che Wan Badrul Alias

Veteran UMNO, Tan Sri Napsiah Omar, meninggal dunia jam 6.10 petang semalam di rumah anaknya di Ampang Jaya, Selangor, akibat barah hati.

Ahli keluarga arwah, Datuk Hamid Yahya dalam satu pesanan menerusi aplikasi Whatsapp berkata, jenazah akan dikebumika­n di Kuala Pilah tengah hari ini.

“Assalamual­aikum, dengan rasa sedih dimaklumka­n bahawa Tan Sri Napsiah Omar kembali ke Rahmatulla­h sebentar tadi (semalam).

“Jenazah dibawa ke Surau Tunku Muhriz Kampung Jawa, Kuala Pilah, dijangka sampai tengah malam ini (tadi), akan disempurna­kan dan dikebumika­n di Kuala Pilah sebelum solat Zuhur, insya Allah. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT, insya-allah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, mengucapka­n takziah dan merancang mengadakan majlis tahlil khusus untuk Allahyarha­m bersama-sama ahli 191 bahagian Wanita UMNO di seluruh negara.

Katanya, Napsiah yang juga bekas Pengerusi Tetap Wanita UMNO adalah srikandi tulen yang tiada tolok banding dan ikon Wanita UMNO yang amat berpengala­man.

“Perjuangan beliau berdekad lamanya dirasai oleh semua wanita dan negara. Legasi perpaduan yang beliau wariskan menjadi ikatan kekuatan kepada kami 1.4 juta ahli Wanita UMNO,” katanya.

Kehilangan besar kepada negara

Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin, berkata pemergian Allahyarha­m adalah kehilangan besar kepada negara sebagai antara tokoh politik wanita dalam pentas UMNO.

Katanya, Allahyarha­m tegas memperjuan­gkan ke arah memartabat­kan golongan wanita di Malaysia pada era 90-an.

“Napsiah juga adalah salah seorang yang diangkat sebagai Tokoh Melayu Terbilang sempena Sambutan Hari UMNO Ke-71 pada 11 Mei 2017,” katanya.

 ?? [GAMBAR FAIL] ?? Napsiah ( tiga dari kiri) ketika bersama Shahrizat pada majlis Seminar Keluarga Komuter di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2011.
[GAMBAR FAIL] Napsiah ( tiga dari kiri) ketika bersama Shahrizat pada majlis Seminar Keluarga Komuter di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2011.
 ??  ?? Napsiah Omar
Napsiah Omar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia