Berita Harian

Perginya Tokoh Melayu Terbilang: PM

-

Datuk Seri Najib Razak menyifatka­n Tan Sri Napsiah Omar sebagai pejuang UMNO dan Tokoh Melayu Terbilang.

Dalam entri terbaru twitter rasminya, Perdana Menteri menzahirka­n rasa sedih ke atas pemergian bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguna­n Masyarakat itu yang disertakan gambar hitam putih kenanganny­a bersama Allahyarha­m.

“Innalillah­iwainnaila­ihirajiun. Perginya pejuang UMNO dan Tokoh Melayu Terbilang, Tan Sri Napsiah Omar hari ini.

“Saya masih ingat kata-kata Allahyarha­mah, bahawa yang menjadikan UMNO hidup dan kuat adalah ahli-ahlinya. Semoga roh Allahyarha­mah dicucuri rahmat. Al-fatihah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia