Berita Harian

Anak Awang Adek selamat dikebumi

-

Petaling Jaya: Anak kepada Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Awang Adek Hussin meninggal dunia malam kelmarin.

Ahmad Azran, 33, anak ketiga daripada lima beradik itu menghembus­kan nafas terakhir di kediamanny­a di Tropicana, di sini, pada jam 11.43 malam.

Awang Adek berkata, anaknya meninggal dunia dipercayai selepas diserang sawan.

Katanya, Allahyarha­m seorang anak istimewa dan mempunyai masalah kesihatan sejak kecil lagi.

“Doktor memaklumka­n, arwah ada kecederaan di bahagian otaknya dan sering diserang sawan serta demam sejak berusia setahun. Ia berlarutan sehingga dewasa, kadang-kadang sebulan sekali akan diserang sawan.

“Malam kelmarin, saya dan isteri tiada di rumah kerana menghadiri program di Bachok, manakala isteri pula di Pulau Pinang.

“Pemergian Allahyarha­m disedari adik perempuan saya yang menjaganya sejak kecil, apabila melihat Allahyarha­m tersungkur di biliknya dengan muka di atas bantal,” katanya di sini, semalam.

Keluarga reda pemergian

Awang Adek berkata, seisi keluarga reda dengan pemergian Allahyarha­m walaupun terkejut memandangk­an arwah berada dalam keadaan sihat.

“Dahulu pernah terdetik di hati saya, siapa akan menjaganya jika kami ibu bapanya sudah tiada. Namun, arwah pergi terlebih dahulu daripada kami,” katanya.

Jenazah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas waktu Zuhur.

 ??  ?? Jenazah Allahyarha­m Ahmad Azran dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara untuk dikebumika­n.
Jenazah Allahyarha­m Ahmad Azran dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara untuk dikebumika­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia