Berita Harian

MAG, MARA

Meterai MOU biayai latihan juruterban­g

- Oleh Nora Mahpar

Malaysia Aviation Group (MAG) menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi menyediaka­n sokongan pembiayaan untuk juruterban­g kadet menerusi program latihan juruterban­g kadet MAG.

Ketua Pegawai Eksekutif MAG, Izham Ismail, berkata kumpulan pertama kadet akan direkrut dari Malaysian Institute of Aviation Technology UNIKL.

Katanya, usaha sama berkenaan akan memberi peluang kerjasama yang hebat dengan MARA dalam membangunk­an dan mendidik generasi baharu juruterban­g kadet dan bakat yang akan dijamin mendapat pekerjaan dalam syarikat penerbanga­n kumpulan itu selepas tamat latihan.

Luas operasi, catat keuntungan

“Langkah ini penting ketika MAG terus meluaskan operasi dan kembali mencatat keuntungan,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Pada majlis MOU itu, MAG diwakili Izham, manakala MARA oleh Ketua Pengarahny­a, Datuk Azhar Abdul Manaf.

Ia disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Pengerusi MAG, Tan Sri Md Nor Yusof dan Pengerusi MARA, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Menerusi usaha sama itu, Izham berkata, juruterban­g kadet yang disenarai pendek oleh MAG akan mengikuti latihan di sekolah penerbanga­n terpilih di Malaysia dan dibiayai MARA.

Kadet berkenaan akan meneruskan latihan di Akademi Malaysia Airlines Bhd di Subang yang menawarkan program dalam semua operasi penerbanga­n dan pengurusan.

Izham berkata, kadet itu akan diambil bekerja oleh Malaysia Airlines, Firefly atau Maswings selepas menamatkan program itu

 ??  ??
 ?? [ FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH ] ?? Najib menyaksika­n pertukaran MOU antara Azhar (kiri) dengan Izham pada Majlis Himpunan Saya Anak MARA di UNIKL MIAT,
Ahad lalu.
[ FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH ] Najib menyaksika­n pertukaran MOU antara Azhar (kiri) dengan Izham pada Majlis Himpunan Saya Anak MARA di UNIKL MIAT, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia