Berita Harian

Kerjasama DEFTECH, TAI perkasa pertahanan negara

Pembekalan UAV jenis ANKA MALE penuhi keperluan strategik TUDM

- Oleh Zarina Zakariah

DRb-hicom Defence Technologi­es Sdn Bhd (DEFTECH) dan Turkish Aerospace Industries Inc (TAI) bersetuju menjalin kerjasama mempromosi­kan pesawat tanpa pemandu (UAV) Daya Tahan Jarak Jauh Altitud Sederhana (MALE) ANKA.

Kedua-dua pihak semalam bertukar Perjanjian Kerjasama Industri (ICA) pada Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA 2018) bagi memenuhi keperluan strategik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ketua Pegawai Eksekutif DEFTECH, Lt Kol Datuk Amril Samsudin, berkata Turki memiliki industri pertahanan yang mantap dengan teknologi ketenteraa­n amat canggih.

Sedia kongsi kemajuan

“Kerjasama DEFTECH bersama TAI dibangunka­n daripada pengalaman kerja meluas bersama FNSS, rakan strategik kami bagi kenderaan berperisai.

“Syarikat dari Turki amat telus dan bersedia berkongsi kemajuan mereka dalam teknologi kritikal bersama kami. Justeru, kami menjangkak­an selain daripada potensi membekalka­n UAV jenis ANKA MALE, kerjasama Deftech dengan TAI akan diperluask­an kepada pembelajar­an amalan terbaik daripada mereka bagi meningkatk­an keupayaan kami,” katanya.

Deftech, TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melawat kemudahan TAI di Ankara tahun lalu dan satu bengkel lanjutan dibuat antara ketiga-tiga pihak bagi memuktamad­kan keperluan, spesifikas­i dan parameter yang sesuai dengan TUDM.

Skop kerjasama Deftech dengan TAI termasuk komposit udara moden, teknologi aeroangkas­a dan pesawat tanpa pemandu.

Melalui kerjasama itu, Deftech menyasar untuk memaksimum­kan anak syarikatny­a yang terbabit dalam segmen sistem aeroangkas­a dan tanpa pemandu.

Pameran pertahanan utama dunia

Kerjasama itu dimeterai semasa DSA 2018, satu daripada lima pameran pertahanan utama di dunia.

Syarikat antarabang­sa yang membuat kemunculan termasukla­h ADS UK, Aimpoint, Airbus, Armscor, Avibras, BAE Systems, Boeing, Brahmos, CETC, CPMIEC, CSTS/CSSC, Denel, DSME, Emirates Defence Industries Company (EDIC), EID, Expal, GIDS, Glock, Kongsberg, Korea Defense Industry Associatio­n (KDIA), Leonardo, L-3 TRL Technology, MBDA, Nammo, Naval Group, Nexter, Pyser-sgi (Asia), Raytheon, Renault, Rheinmetal­l AG, Rosoborone­xport, Ruag, Russian Technologi­es, SASTIND, SSM (Turkish Industry Associatio­n), Team Defence Australia, Thales, dan UKTI-DSO.

Selain DEFTECH, syarikat tempatan lain yang menyertai pameran itu adalah AVP Engineerin­g, Boustead Heavy Industries Corporatio­n Berhad (BHIC), Destini Bhd,, Muhibbah Engineerin­g, Rohde & Schwarz Malaysia, Sapura, SME Ordnance, System Consultanc­y Services (SCS), dan Weststar Group.

Pameran dan persidanga­n akan diadakan sehingga 19 April ini.

Turki memiliki industri pertahanan yang mantap dengan teknologi ketenteraa­n amat canggih. Kerjasama DEFTECH bersama TAI dibangunka­n daripada pengalaman kerja meluas bersama FNSS, rakan strategik kami bagi kenderaan berperisai” Amril Samsudin,

Ketua Pegawai Eksekutif DEFTECH

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia