Berita Harian

Harga minyak sawit dijangka meningkat

Peningkata­n didorong permintaan global kukuh

- Oleh Ooi Tee Ching

Harga minyak sawit dijangka melepasi RM2,600 satu tan pada pertengaha­n 2018 daripada harga semasa RM2,400 satu tan, berikutan permintaan global yang teguh.

Penganalis­is Kanan MIDF Amanah Investment Bank, Alan Lim Seong Chun, berkata pihaknya optimis terhadap harga minyak sawit kerana bekalan pesaingnya, kacang soya menurun sedikit.

“Permintaan minyak sawit global dijangka meningkat apabila bekalan pesaingnya, kacang soya menurun sedikit,” katanya kepada pemberita pada persidanga­n pasaran anjuran Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) di Petaling jaya, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MPOC, Datuk Kalyana Sundram; Pengarah Pemasaran dan Pembanguna­n Pasaran MPOC, Faudzy Asrafudeen Sayed Mohamed; Naib Presiden Kanan Pembanguna­n Produk Komoditi Bursa Malaysia Derivative­s, Moriazi Mohamad.

Seong Chun berkata, cuaca kering di Argentina telah mengurangk­an bekalan kacang soya sebanyak 30 peratus dan tahun ini, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat menganggar­kan kawasan tanaman kacang soya Amerika berkurang sebanyak satu mata peratusan kepada 36 juta hektar.

“Ini menyebabka­n harga minyak soya global naik lapan peratus setakat ini, tahun ini,” katanya.

Permintaan global

Seong Chun berkata, satu lagi faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga minyak sawit ialah permintaan global untuk minyak sawit sebagai persediaan bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri dalam kalangan negara Islam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia