Berita Harian

Rafidah letak jawatan Pengerusi Supermax

-

Supermax Corporatio­n Bhd mengumumka­n peletakan jawatan Tan Sri Rafidah Aziz sebagai pengerusi bebas dan bukan eksekutif Supermax berkuat kuasa 14 April 2018.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, Supermax berkata, peletakan jawatan Rafidah adalah ‘bersifat peribadi’.

Pengumuman itu dibuat berikutan permintaan maaf bekas Pengarah Urusan Supermax, Datuk Seri Stanley Thai, kepada kerajaan kerana menyokong pembangkan­g pada Pilihan Raya Umum Ke13.

Thai dalam satu sidang media sebelum itu memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di atas pembabitan­nya dalam politik Malaysia, dengan menyatakan bahawa beliau menyesal terbabit dalam PRU13 dan percaya dia dipengaruh­i pembangkan­g.

Mahu lihat kestabilan politik

“Sebagai anggota komuniti perniagaan, saya mahu melihat kestabilan politik. Pengarah Urusan Supermax

“Perniagaan beroperasi di Malaysia akan terus berkembang dengan dasar ekonomi mantap kerajaan diterajui Perdana Menteri,” katanya dipetik sebagai berkata pada taklimat itu.

Harga saham Supermax meningkat lapan sen kepada RM2.68 sesaham pada penutup jam 5 petang semalam susulan kenyataan dikeluarka­n Thai.

Semasa ditutup, sebanyak 5.432 juta saham bertukar tangan.

Supermax adalah pengeluar, pengedar dan pemasar sarung tangan perubatan berkualiti tinggi antarabang­sa.

Ditubuhkan pada 1987, pengasasny­a memulakan perniagaan mengedar sarung tangan getah sebelum terbabit dalam pembuatan dua tahun selepas itu.

Buat masa ini, Supermax memiliki 11 kilang pengeluara­n yang menghasilk­an pelbagai jenis sarung tangan getah, dieksport ke 155 negara seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat (AS), negara Kesatuan Eropah (EU), Asia Barat, Asia dan Pasifik Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia