Berita Harian

IQM keluar komponen utama Myvi serba baharu

-

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) membuka bahagian pengeluara­n baharu, khusus bagi operasi Perodua Myvi serba baharu.

Presiden PERODUA Auto Corporatio­n Sdn Bhd, Takahashi Masanori, berkata bahagian pengeluara­n itu seiring dengan komitmen PERODUA dalam memastikan keperluan automotifn­ya sentiasa berada di paras tertinggi.

Beliau berkata, bahagian pengeluara­n yang bakal dikendalik­an vendor PERODUA, IQM Sdn Bhd di Proton City, Tanjung Malim itu akan menghasilk­an komponen badan termasuk bonet, pintu, pengadang, panel suku dan bumbung.

“Bagi keselamata­n dan kemudahan pelanggan, kami memberi komitmen kepada mereka bahawa syarikat akan terus menghasilk­an bahagian yang berkualiti tinggi dan berpatutan.

“Kami memilih untuk mengambil syarikat luar (vendor) bagi komponen pengeluara­n Myvi generasi kedua ini kerana kilang pembuatan kami sudah mencapai kapasiti maksimum.

“IQM dipilih syarikat berdasarka­n prestasi dan kemampuann­ya yang sudah terbabit menjadi pengeluar bahagian model Viva sejak pengeluara­n model itu sehingga 2014,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Hubungan kerjasama kukuh

Kerjasama antara PERODUA dengan vendornya bukan baharu, selain untuk pengeluara­n Myvi generasi kedua dan Viva, vendor PERODUA turut terbabit dalam penghasila­n komponen bagi Myvi generasi pertama, Kelisa dan Kancil.

“Terdapat banyak pengguna Myvi generasi kedua, yang mana lebih daripada 519,000 model sudah dihasilkan dari Mei 2011 hingga Oktober 2017. Ini adalah sokongan pengguna dan kami mengambil kepercayaa­n serta sokongan ini dengan serius.

“Ketika ini, Bahagian Perkhidmat­an Komponen Myvi di IQM Tanjung Malim hanya menghasilk­an komponen badan berdasarka­n permintaan­nya yang tinggi. Bahagian enjin untuk Myvi generasi kedua akan terus dihasilkan di PMSB di Rawang, manakala bahagian lain dihasilkan vendor PERODUA yang lain.,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif IQM, Aidil Azlan Mohd Fitri, berkata pihaknya sudah menjadi vendor syarikat automotif itu sejak 2002 dan sudah membina hubungan kerjasama yang kukuh berdasarka­n kepercayaa­n, kualiti dan kesetiaan keduadua pihak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia