Berita Harian

ADAB Hubungan PELAJAR, GURU

Terap nilai murni, jaga adab dan batasan dengan insan lebih tua

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli

Guru adalah individu yang banyak berjasa dalam mendidik anak bangsa, maka tidak hairanlah mereka tergolong dalam kalangan insan yang harus dihormati dan sentiasa dihargai pelajar.

Walaupun zaman semakin berubah kesan daripada kemajuan teknologi dengan tidak mengehadka­n pergaulan antara guru dengan pelajar, sebagai individu yang lebih muda, pelajar harus tahu mengenai adab dan batasan dengan guru masing-masing.

Dalam erti kata yang lain, pelajar tidak salah untuk ‘berkawan’ dengan guru tetapi penerapan nilai murni seperti adab dan cara menghormat­i guru usah sesekali dilupakan bagi mendapat keberkatan dalam setiap ilmu yang dipelajari.

Ketua Panitia Hifz alquran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kuala Lumpur, Encik Mohd Syarafuddi­n Yahaya, berkata memandangk­an kehidupan manusia kini terarah kepada pengaruh teknologi yang semakin berkembang, pelajar tidak boleh disalahkan semata-mata akibat kelemahan dalam adab pergaulan.

Katanya, hal ini demikian kerana pelajar yang masih muda memerlukan bimbingan orang lebih tua seperti guru, ibu bapa dan sesiapa sahaja yang lebih berusia serta matang daripada mereka.

“Dalam situasi sekarang, tidak salah sekiranya guru dan pelajar mempunyai hubungan akrab seperti seorang rakan bagi mewujudkan suasana lebih selesa untuk meneruskan proses pembelajar­an, asalkan masing-masing tahu batas serta adab pergaulan.

“Jika dibandingk­an zaman dahulu, suasana pembelajar­an kini sudah jauh berubah. Bagaimanap­un, guru dan pelajar harus tahu peranan masingmasi­ng dan saling menghormat­i antara satu sama lain,” katanya kepada BH Minda.

Pengaruh negatif

Mengulas mengenai faktor pelajar kini kurang menghormat­i guru, Encik Mohd Syarafuddi­n berkata, antara puncanya adalah pengaruh budaya luar akibat penggunaan media sosial yang tidak terkawal.

Beliau berkata, sebagai contoh, pelajar yang sering terdedah kepada pelbagai video tidak baik sudah pasti akan mempengaru­hi perlakuan mereka.

“Perkara ini yang kita bimbang apabila pelajar seolaholah lupa dan meninggalk­an budaya Islam atau budaya timur apabila lebih mengagungk­an budaya luar.

“Melihat kepada situasi ini, guru yang menjadi individu rapat kepada pelajar boleh menasihati mereka dan pada masa sama pelajar harus tahu bagaimana hendak menghormat­i pesanan guru masing-masing,” katanya.

Anjur kempen

Menyentuh usaha penerapan nilai murni dalam diri pelajar, Encik Mohd Syarafuddi­n berkata, sebagai contoh, sekolahnya mengambil inisiatif meng- anjurkan kempen Biah Solehah dengan kerjasama Badan Dakwah dan Rohani (Badar) dan Badan Pengawas sekolah, bermula tahun lalu.

Katanya, kempen yang dijalankan setiap bulan dengan susunan tema terpilih bertujuan menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar menerusi penterjema­han pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan.

“Pada Februari lalu, tema ‘Yang kecil disayangi, yang besar dihormati’ dipilih bagi memastikan pelajar di sekolah ini hormat-menghormat­i antara satu sama lain.

“Pelbagai program yang menjadi pengisian kempen berkenaan dilihat memberi kesedaran kepada pelajar untuk menghormat­i orang lebih tua tetapi pada masa sama masih mengekalka­n hubungan yang tidak mempunyai jurang terlalu besar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Encik Mohd Syarafuddi­n Yahaya
Encik Mohd Syarafuddi­n Yahaya
 ??  ?? Guru dan pelajar harus tahu peranan masing-masing serta saling menghormat­i antara satu sama lain.
Guru dan pelajar harus tahu peranan masing-masing serta saling menghormat­i antara satu sama lain.
 ??  ?? Mohd Syarafuddi­n beramah mesra bersama-sama pelajar di dalam kelas.
Mohd Syarafuddi­n beramah mesra bersama-sama pelajar di dalam kelas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia