Berita Harian

Nilai murni kekalkan hubungan harmoni di sekolah

-

Kuala Lumpur: Tinggal di sekolah berasrama mampu mewujudkan hubungan kekeluarga­an yang baik antara guru, pelajar, malah dengan seluruh warga sekolah.

Peluang itu dimanfaatk­an pelajar, Imi Amirah Faqihah Khairul Nizam, 15, memandangk­an keluargany­a berada jauh dan hanya berjumpa pada hujung minggu atau ketika cuti sekolah.

“Saya sudah menganggap seluruh warga sekolah tidak kira guru, pekerja kantin atau staf sokongan sekolah sebagai sebuah keluarga angkat yang besar.

“Walaupun mempunyai hubungan yang rapat, sebagai pelajar, kami masih perlu menghormat­i dan menyayangi mereka sama seperti keluarga sendiri supaya hubungan yang wujud terus mekar dan kekal sampai bila-bila,” katanya.

Eratkan hubungan

Imi Amirah Faqihah berkata, sebagai contoh, majlis berbuka puasa perdana yang diadakan pada hari Khamis minggu ketiga setiap bulan di sekolahnya adalah antara program yang dapat mengeratka­n hubungan seluruh warga sekolah.

“Pada majlis berkenaan, penerapan nilai murni diti- tikberatka­n dengan golongan muda harus sentiasa menjaga adab sopan untuk berkomunik­asi dengan guru dan warga sekolah lain yang lebih tua daripada mereka,” katanya.

Sementara itu, rakannya, Muhammad Hafiz Muhammad Lukman,15, berkata pelajar sekolah berkenaan bertuah kerana sentiasa diingatkan untuk menghormat­i orang lebih tua setiap kali menghadiri usrah di masjid atau aktiviti lain.

Katanya, nilai murni yang sentiasa dipraktikk­an dalam kalangan warga sekolah memastikan suasana harmoni sebagai sebuah keluarga dapat dikekalkan.

 ??  ?? Imi Amirah Faqihah Khairul Nizam
Imi Amirah Faqihah Khairul Nizam
 ??  ?? Muhammad Hafiz Muhammad Lukman
Muhammad Hafiz Muhammad Lukman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia