Berita Harian

BDB Land meterai MOU dengan 9 peniaga

-

BDB Land Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh BDB Darulaman Bhd (BDB) memeterai memorandum persefaham­an (MOU) dengan sembilan peniaga utama pembanguna­n Hab Komersial Axis di pembanguna­n Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.

Dalam satu kenyataan, BDB berkata, sembilan peniaga itu ialah CBD Retail Sdn Bhd, EM Oppulence Sdn Bhd, CBR Coffee, Bayu Delight Food & Beverage, Pasar Mini Rajas, Mega Z Resources, Tadika Khalifah Unggul Cemerlang, Nida Atfal Sdn Bhd, Big Galleys Cafe Enterprise dan WB Health & Beauty Sdn Bhd.

BDB Land diwakili Pengarahny­a, Fakhruzi Ahmad dan disaksikan oleh Pengerusi Kumpulan BDB, Datuk Paduka Rasli Basir serta Pemangku Ketua Bahagian Hartanah BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnai­n.

Menurut BDB Land, bilangan peruncit meningkat sehingga 25 peruncit merangkumi pengendali perniagaan gaya hidup, makanan dan minuman serta pendidikan dalam selepas beberapa bulan pembanguna­n bermula.

Hab Komersial Axis dijangka siap 2019

Katanya, Hab Komersial Axis akan memulakan pembinaan bulan ini dan dijangka siap menjelang akhir 2019, dengan perniagaan di rumah kedai itu akan dibuka seawal suku pertama 2020.

“Pusat Runcit Kejiranan Axis dalam pembanguna­n Hab Komersial Axis akan menjadi pembanguna­n pusat pendidikan pertama di Kedah yang menawarkan lebih 41,000 kaki persegi ruang sewa.

“Pusat yang mempunyai reka bentuk kontempora­ri itu akan dibina dengan kos hampir RM5 juta dan bertujuan menjadi destinasi makanan yang memaparkan penyedia makanan dan minuman isi rumah Kedah, di samping perkhidmat­an runcit kejiranan yang penting seperti kedai dobi, farmasi dan klinik,“katanya.

Sementara itu, Rasli berkata, Hab Komersial Axis akan menyediaka­n pasaran di Kedah dengan Hab Khusus Makanan dan Minuman serta Hab Pendidikan yang meningkatk­an pengalaman tinggal di projek pembanguna­n syarikat.

“Rakan kongsi kami juga mengenal pasti potensi pertumbuha­n yang ada di Koridor Utara dan kami menyasar untuk menjadi hab yang sinonim dengan makanan yang enak dan pusat runcit yang ideal bagi komuniti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia