U Mobile tawar promosi HERO+HERO

Berita Harian - - BISNES -

U Mobile menawarkan promosi terkini U Mobile HERO+HERO yang membolehkan pelanggan pascabayar HERO P70, P98 Unlimited HERO P78, P79 dan P99 memohon talian HERO kedua pada kadar potongan harga 50 peratus.

Talian HERO layak dipohon untuk menikmati promosi potongan harga 50 peratus itu adalah P48, P68, P79 dan P99.

U Mobile berkata, dengan promosi baharu ini, pelanggan boleh melanggan talian kedua pada kadar serendah RM24 sebulan bagi tempoh selama 12 bulan.

“Jika anda juga melanggan pelan pascabayar Unlimited HERO P79 dan ingin memohon HERO P48 sebagai talian kedua, anda hanya perlu membayar RM24 dan RM103 bagi kedua­dua talian. Bermakna, anda jimat RM288 setahun,” katanya dalam satu kenyataan.

GOLIFE percuma tiga bulan

Tambahan kepada promosi ini, mana­mana pelanggan promosi HERO+HERO yang layak turut berpeluang melanggan GOLIFE secara percuma selama tiga bulan.

GOLIFE 10 adalah produk insurans mikro hayat yang pertama syarikat telekomunikasi ini.

Pelanggan yang layak melanggan GOLIFE 10 akan dihubungi melalui SMS bagi membolehkan mereka melanggan insurans hayat mikro ini.

Promosi pascabayar HERO+HERO kini boleh dilanggan mulai sekarang hingga 31 Julai 2018 di semua kedai cawangan U Mobile seluruh negara.

Pelanggan boleh mengunjungi http://u. my/hsale untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi HERO+HERO.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.