Celcom, Hong Leong tawar ganjaran eksklusif

Berita Harian - - BISNES -

Celcom Axiata Bhd (Celcom) menjalin kerjasama strategik bersama Hong Leong Bank bagi menawarkan rebat dan ganjaran eksklusif kepada pelanggannya.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan Celcom, Azwan Khan Osman Khan, berkata kerjasama antara kedua­dua pihak adalah sebagai komitmen syarikat telekomunikasi itu untuk menawarkan pengalaman pelanggan dengan penjimatan dan nilai untuk memiliki telefon pintar terkini.

“Pelanggan Celcom dan Hong Leong Bank bakal menikmati penjimatan tunai yang inovatif, lebih hebat serta ganjaran digital yang direka khusus untuk meningkatkan lagi pengalaman dan gaya hidup digital mereka,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menerusi kerjasama itu, pelanggan pascabayar Celcom FIRST dan pemilik kad kredit Hong Leong bakal menikmati pulangan tunai dan simpanan antara RM300 hingga RM800 apabila membeli pakej peranti telefon pintar terkini daripada Celcom mulai semalam sehingga 31 Julai 2018.

Azwan Khan berkata, rebat pakej peranti eksklusif Celcom merangkumi pembelian telefon pintar jenama terkini seperti iphone X, iphone 8, iphone 8 Plus, Huawei P20 dan Samsung Galaxy S9.

Nikmati rebat tunai

Katanya, pengguna kad kredit Hong Leong juga berpeluang menikmati rebat tunai apabila mereka membeli pakej peranti Celcom menggunakan kad kredit Hong Leong Sutera, GSC Gold, Platinum dan Infinite.

“Di samping itu, pengguna juga akan menikmati rebat untuk Celcom Passport bernilai RM138 apabila mereka berbelanja minimum RM2,000 dalam satu transaksi di luar negara dengan kad kredit Hong leong.

“Pelan perayauan 7­hari pas tiga­dalam­satu berkenaan membolehkan pelancong menggunakan perayauan internet 3GB, panggilan tanpa wayar dan SMS di lebih 30 negara,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Perkhidmatan Kewangan Peribadi Hong Leong Bank, Charles Sik, berkata promosi itu adalah sebagai langkah penghargaan bank kepada pengguna ke atas kepercayaan berterusan dan sokongan setia mereka.

“Kerjasama bersama Celcom ini adalah salah satu daripada langkah bank ini menawarkan program yang relevan, menarik dan sejajar dengan keperluan pengguna.

“Kami percaya program ini bakal menerima sambutan dalam kalangan pengguna yang inginkan penjimatan lebih baik dalam menaik taraf peranti mereka,” katanya.

Maklumat lanjut, orang ramai boleh mengunjungi cawangan Blue Cube Celcom atau melayari laman web rasmi Celcom di pautan www. celcom.com.my.

Orang ramai boleh memohon kad kredit Hong Leong di www.hlb. com.my/applynow atau melawat mana­mana cawangan Hong Leong Bank.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.