Berita Harian

GETAH

-

Pasaran getah Malaysia ditutup rendah semalam dipengaruh­i aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau dalam keadaan penurunan harga minyak mentah.

Peniaga berkata, prestasi niaga hadapan getah tempatan seiring penanda aras niaga hadapan getah di Bursa Komoditi Tokyo yang dibuka rendah semalam apabila pelabur mengambil keuntungan daripada kenaikan.

“Harga minyak mentah turun hari ini (semalam), manakala pasaran serantau dibuka berhati-hati minggu ini susulan serangan udara pihak Barat di Syria pada hujung minggu, selain peningkata­n aktiviti penggerudi­an Amerika Syarikat,” katanya.

Pada jam 12 tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 turun 11 sen kepada 523 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut setengah sen kepada 450 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 turun 8.5 sen kepada RM5.23 sekilogram, manakala lateks pukal susut setengah sen kepada RM4.47 sekilogram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia