EMAS

Berita Harian - - BISNES -

Harga emas meningkat semalam berikutan pembelian meningkat menyusuli serangan peluru berpandu dari udara yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap Syria.

Bagaimanapun, keuntungan menjadi terhad berikutan kemungkinan operasi ketenteraan itu mungkin hanya berlaku sekali.

Emas spot naik 0.2 peratus pada AS$1,347.84 satu auns selepas susut pada permulaan dagangan.

Niaga hadapan emas AS pula meningkat 0.2 peratus kepada AS$1,350.60 satu auns.

Tentera dari AS, Britain dan Perancis menyerang ruang udara Syria pada awal Sabtu lalu dalam campur tangan terbesar oleh kuasa Barat terhadap Presiden Syria, Bashar al-assad sebagai tindak balas terhadap penggunaan senjata kimia oleh rejim berkenaan.

Setiausaha Pertahanan AS, Jim Mattis menggelar serangan berkenaan sebagai ‘hanya satu serangan’ tetapi Trump meningkatkan prospek serangan akan datang boleh berlaku jika kerajaan Assad kembali menggunakan senjata kimia.

Pengarah Urusan Goldsilver Central di Singapura, Brian Lan berkata, harga emas cenderung kepada peningkatan dalam jangka pendek kerana emas masih dilihat sebagai aset selamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.