Berita Harian

SAWIT

-

Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah semalam berikutan kebimbanga­n permintaan yang lemah menyusuli kelembapan dalam eksport.

Pakar Produk Derivatif Phillip Futures Sdn Bhd, David Ng, berkata pasaran merosot disebabkan oleh data eksport yang dikeluarka­n oleh juruukur kargo semalam yang menunjukka­n angka negatif walaupun pada kadar perlahan.

“Prestasi menurun harga MSM tempatan juga turut dipengaruh­i pengeluara­n yang meningkat yang mungkin menyumbang kepada jumlah bekalan semakin tinggi,” katanya.

Bagi penutup semalam, bulan semerta baharu Mei 2018 susut RM30 kepada RM2,362 satu tan, Julai 2018 susut RM32 kepada RM2,369 satu tan, manakala Jun 2018 dan Ogos 2018 susut RM31 masing-masing kepada RM2,368 RM2,370 satu tan.

Jumlah keseluruha­n bagaimanap­un, meningkat kepada 43,437 lot daripada 42,343 lot pada Jumaat lalu, tetapi kepentinga­n terbuka susut kepada 269,611 kontrak daripada 270,126 kontrak sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia