MINYAK MENTAH

Berita Harian - - BISNES -

Minyak susut lebih daripada satu peratus pada Isnin berikutan pasaran dibuka menyusuli serangan udara di Syria pada hujung minggu lalu.

Dalam masa yang sama, peningkatan dalam penggalian minyak Amerika Syarikat (AS) bagi pengeluaran baharu turut mempengaruhi harga.

AS, Perancis dan Britain melancarkan serangan peluru berpandu 105 pada Sabtu dan menyasar apa yang dikatakan sebagai tiga kemudahan senjata di Syria sebagai serangan balas terhadap serangan agen kimia di Douma pada 7 April lalu.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$71.78 satu tong, susut 80 sen atau 1.10 peratus daripada penutup terakhirnya.

A.S. West Texas Intermediate (WTI) pula susut 68 sen, atau 1.01 peratus kepada AS$66.71 satu tong.

Peniaga berkata, pasaran di Asia mula berhati-hati selepas serangan pada hujung minggu lalu walaupun ada beberapa pihak lega kerana isu itu tidak melarat.

“Dalam serangan koordinasi ke atas Syria, harga minyak agak rendah, tetapi kesannya kelihatan kecil dan sudah berakhir,” kata Pengarah Firma Tenaga Trifecta, Sukrit Vijayakar.

Pasaran minyak mentah juga berada di bawah tekanan daripada peningkatan aktiviti cari gali AS yang semakin meningkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.