RINGGIT

Berita Harian - - BISNES -

Ringgit meneruskan penyusutan Jumaat lalu dan ditutup rendah berbanding dolar AS semalam susulan minat belian yang lemah, menjejaki sentimen serantau yang terus dibelenggu ketegangan geopolitik dan perdagangan, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit disebut harga pada 3.8865/8905 berbanding 3.8785/8815 pada penutupan Jumaat.

Ketua Pedagang OANDA AsiaPasifik, Stephen Innes, berkata pasaran bon dan mata wang dijangkakan kekal lengang, namun didagangkan defensif menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Kami menjangkakan ringgit mengukuh dan bergerak pada paras lebih tinggi dalam jangka terdekat pada julat antara 3.88 hingga 3.90 berbanding dolar,” kata Innes.

Ringgit didagangkan rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9634/9669 berbanding 2.9573/9603 pada Jumaat, rendah berbanding yen kepada 3.6251/6292 daripada 3.6042/6080 Jumaat lalu.

Ringgit juga rendah berbanding euro kepada 4.8049/8110 daripada 4.7837/7878 minggu lalu dan berbanding pound British, nota tempatan itu susut kepada 5.5585/5646 daripada 5.5393/5451 sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.