Berita Harian

Krisis AS, Syria jejas pasaran

-

Kebanyakan saham Asia susut pada Isnin selepas serangan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) ke atas Syria pada hujung minggu lalu mencetuska­n kebimbanga­n baharu mengenai nasib Asia Barat.

Bagaimanap­un, kebanyakan penganalis­is, berkata pelabur berharap krisis itu tidak akan berterusan.

AS, Britain dan Perancis melancarka­n serangan ke atas kemudahan senjata kimia di Syria sebagai tindak balas kepada serangan agen kimia yang dilakukan oleh rejim Assad seminggu sebelumnya.

Walaupun mendapat sokongan meluas bagi misi itu, Moscow mengecamny­a sebagai tidak sah dan ia memberi amaran boleh mencetuska­n provokasi dalam hubungan antarabang­sa yang semakin huruhara.

Kebanyakan pasaran susut pada Isnin, tetapi kerugian adalah terhad.

Hong Kong susut 1.7 peratus pada tengah hari, manakala Shanghai susut 1.5 peratus pada penutup dengan peniaga menanti pengumuman data pertumbuha­n suku pertama China yang dikeluarka­n semalam.

Firma hartanah di Hong Kong dilanda kebimbanga­n berakhirny­a era kadar faedah rendah beriku tan bank pusat bandar itu terpaksa menyokong dolar tempatan yang kini berada di paras terendah berbanding dolar AS.

Hong Kong Monetary Authority (HKMA) telah membelanja­kan lebih daripada AS$1 billion untuk melonjakka­n mata wang berkenaan yang kini dilanda aliran keluar ke AS bagi mendapatka­n kadar faedah yang lebih tinggi.

Ahli ekonomi China di Capital Economics, Chang Liu memberi amaran bahawa terdapat pebimbanga­n bahawa langkah HKMA boleh menaikkan kadar faedah di dalam bandar berkenaan yang boleh memberi kesan kepada pasaran hartanah yang juga antara yang paling kaya di dunia.

Dagangan di Singapura juga susut sebanyak 0.2 peratus, manakala Wellington dan Taipei juga turut susut.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Saham Asia merosot selepas serangan AS ke atas Syria hujung minggu lalu.
[FOTO HIASAN] Saham Asia merosot selepas serangan AS ke atas Syria hujung minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia