Berita Harian

Datuk antara dua lelaki didakwa tipu 9 individu

Suspek mengaku tak bersalah akibatkan kerugian RM637,500

- Oleh Sarah Zulkifli

Dua lelaki, termasuk seorang bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan memperdaya sembilan individu berhubung pembayaran pindah milik tanah yang tidak wujud membabitka­n kerugian RM637,500 antara Oktober 2012 hingga September 2014.

Ini adalah kali kedua tertuduh, Datuk Nor Hasnal Hashmi, 49 dan Sayyid Walid Hasuana, 31, didakwa memperdaya sembilan individu selepas mereka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Selayang pada Khamis lalu kerana kes sama membabitka­n kerugian RM700,000, enam tahun lalu.

Mereka tidak mengaku bersalah pada prosiding Khamis.

Semalam, kedua-dua tertuduh juga tidak mengaku bersalah.

Kedua-dua tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Tenang sepanjang prosiding

Nor Hasnal yang memakai baju hoodie berwarna hitam dilihat tenang sepanjang prosiding dan menggeleng­kan kepalanya apabila pertuduhan terhadapny­a dibacakan oleh jurubahasa di dalam kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, keduaduany­a didakwa memperdaya­kan sembilan individu untuk mempercaya­i mereka akan memindah milik lot tanah untuk pembinaan sembilan kediaman kepada mangsa.

Perbuatan itu mendorong semua individu terbabit menyerahka­n wang keseluruha­nnya berjumlah RM637,500 kepada syarikat Masgenuine Alliance Holdings Sdn Bhd sebagai pembayaran kos pindah milik tanah yang tidak wujud.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka di No 70-G, Jalan Lagenda Suria 3 Taman Lagenda Suria 43100 Hulu Langat, di sini, antara Oktober 2012 hingga September 2014.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 10 Mei ini sebagai sebutan semula kes.

 ??  ?? Nor Hasnal dan Sayyid Walid dibawa ke Mahkamah Sesyen Kajang, semalam.
Nor Hasnal dan Sayyid Walid dibawa ke Mahkamah Sesyen Kajang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia