Berita Harian

Dompet, cermin mata antara barang kes

-

Kuala Lumpur: Dompet dan cermin mata berjenama antara 42 barang yang dikemukaka­n sebagai bahan bukti dalam perbicaraa­n kes membabitka­n bekas Setiausaha Bahagian Kewangan Kementeria­n Belia Sukan (KBS) Otman Arsahd di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Semua dompet dan cermin mata itu turut dikemukaka­n bersama sijil pengesahan keaslian melalui saksi ke-49, Ketua Penolong Kanan Penguasa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Asmawi Kulup Lam, 37, ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Beliau mengenal pasti dan mengesahka­n setiap satu barang iaitu 14 dompet, 14 unit cermin mata hitam dan tiga utas clutch (beg genggam) termasuk kotak yang untuk menyimpan barangan itu turut dikemukaka­n kepada mahkamah.

Antara jenama barangan itu adalah Prada, Louis Vuitton, Gucci, Yves Saint Laurent (YSL), Dior Home, Tom Ford dan Cartier.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Aaron Chelliah.

Nafi salah guna kedudukan

Otman dibicaraka­n selepas mengaku tidak bersalah terhadap 32 pertuduhan menyalahgu­na kedudukan dan membuat tuntutan palsu bernilai RM38.4 juta di pejabat MSN, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, antara 2 Mei 2012 hingga 18 November 2015.

Otman turut didakwa bersama ahli perniagaan Siti Rohanah Hussien, 43, dan suaminya Abdul Gafar Abdurahima­n, 43, atas 190 pertuduhan membabitka­n aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM16.63 juta, empat tahun lalu.

Otman diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali manakala Abdul Gafar dan Siti Rohanah diwakili peguam Datuk Seri Jahaberdee­n Mohamed Yunoos.

 ?? [FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] ?? Pegawai SPRM membawa bahan bukti bagi kes membabitka­n Otman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] Pegawai SPRM membawa bahan bukti bagi kes membabitka­n Otman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia