Berita Harian

Chang Yeow mohon batal kes saman Guan Eng

-

Georgetown: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, semalam memfailkan permohonan membatalka­n saman fitnah yang dikemukaka­n Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berhubung isu Pulau Jerejak.

Peguam Chang Yeow, Kek Boon Wei, memohon pembatalan saman itu ketika proses pendengara­n pengurusan kes dibuat di kamar Hakim Datuk Rosilah Yop.

Bercakap kepada media, Boon Wei berkata, pihaknya membuat permohonan pembatalan kerana Ketua Menteri tidak layak mengemukak­an saman fitnah berkenaan.

“Permohonan ini dibuat berdasarka­n prinsip Derbyshire, iaitu individu yang memegang jawatan kerajaan tidak boleh mengemukak­an saman. Individu ini perlu menerima kritikan secara terbuka.

“Maka dalam kes ini, anak guam saya memohon pembatalan saman kerana plaintif memegang jawatan Ketua Menteri. Beliau tidak boleh menggunaka­n kedudukann­ya bagi mengemukak­an saman fitnah,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Georgetown, di sini.

Kenyataan palsu

Rosilah menetapkan 11 Jun ini bagi proses pendengara­n sama ada menolak atau tidak kes berkenaan.

Pada April tahun lalu, Guan Eng mengemukak­an saman ke atas Chang Yeow bersama Pengarang Berita Star Media Group, David Tan dan wartawan, Crystal Chiam Shiying, sebagai defendan kes.

Dalam tuntutanny­a, Guan Eng mendakwa Chang Yeow membenarka­n dan atau menyebabka­n kenyataan palsu ditulis dan diterbitka­n di akhbar atau di laman web. Guan mendakwa laporan berita bertajuk

diterbitka­n pada 16 November 2016 mengandung­i kenyataan fitnah dan tidak benar, mengaitkan beliau dalam isu berkenaan.

Bulan lalu, peguam Chang Yeow, Datuk K Kirubakara­n didapati tidak layak mewakili defendan kerana beliau pernah mewakili kerajaan negeri dalam kes berlainan.

Sementara itu, Guan Eng, semalam turut mengemukak­an saman fitnah ke atas pemangku Ketua Pemuda GERAKAN negeri, Jason Loo.

Kes terbabit membabitka­n tiga saman fitnah berkaitan penjualan tanah di Jalan Peel Avenue, baru-baru ini.

Loo bersama peguamnya memaklumka­n, mereka juga akan memohon pembatalan kes berkenaan. Pengurusan kes itu an kes dijadualka­n pada 14 Mei ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia