Berita Harian

ADUN Salor didakwa buat tuduhan palsu

Jabatan Perhutanan Kelantan lapor polis

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Jabatan Perhutanan membuat laporan polis semalam terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Husam Musa berhubung dengan dakwaan yang mesyuarat Jawatankua­sa Kecil Perhutanan semalam, meluluskan projek pembalakan baharu.

Pengarahny­a, Datuk Zahari Ibrahim, menegaskan tiada sebarang kelulusan baharu kawasan pembalakan menerusi mesyuarat yang berlangsun­g pagi semalam, sekali gus menolak dakwaan Husam yang tidak benar sama sekali.

“Kami membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK) berhubung dakwaan Husam itu di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

Dakwaan palsu

“Laporan polis dibuat kerana kita memandang serius berhubung dakwaan palsu ini kerana apa yang dinyatakan sebelum ini tidak benar. Mesyuarat yang berlangsun­g hanya membincang­kan perkara biasa, bukannya meluluskan projek pembalakan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media, di sini, semalam selepas selesai mesyuarat Jawatankua­sa Kecil Perhutanan di Kompleks Kota Darul Naim.

Terdahulu, Husam hadir di Kompleks Kota Darul Naim bagi menghantar notis bantahan kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berhubung mesyuarat yang berlangsun­g, semalam.

Tindakan langgar Perlembaga­an

Husam mendakwa, mesyuarat itu dijangka meluluskan beberapa projek pembalakan baharu, sedangkan ia tidak boleh dilakukan selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dibuat.

“Dalam keadaan kerajaan sementara, kerajaan negeri tidak boleh meluluskan sesuatu perkara penting, termasuk projek pembalakan baharu.

“Tindakan memanggil satu mesyuarat untuk meluluskan permohonan membabitka­n hutan simpan dengan keluasan yang besar pada mesyuarat itu adalah tidak wajar dan melanggar Perlembaga­an.

“Kita juga akan mendapatka­n perintah mahkamah sekiranya benar terdapat kelulusan baharu membabitka­n projek pembalakan,” katanya.

 ?? [FOTO FATHIL ASRI/BH] ?? Husam bersama peguam, Mohd Yusof Yakob menunjukka­n notis bantahan dihantar kepada Menteri Besar Kelantan, semalam.
[FOTO FATHIL ASRI/BH] Husam bersama peguam, Mohd Yusof Yakob menunjukka­n notis bantahan dihantar kepada Menteri Besar Kelantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia