Berita Harian

Zarul Husin mengharap magis Remuk

Pertahan identiti muzik sebati diri untuk pacu semula nama

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Tidak mudah mengekalka­n identiti diri, terutama ketika industri muzik sedang meniti peralihan. Situasi itu turut dialami penyanyi yang pernah mencipta nama bersama kumpulan Umbrella, Zarul Husin ketika merealisas­ikan penerbitan single terbarunya.

Mengakui sukar mencari karya baharu yang mempertaha­nkan jati dirinya, Zarul, 44, berdepan cabaran besar apabila dua karya yang diterima terpaksa ditolak kerana tidak bersesuaia­n dengan jiwanya.

Hanya selepas bertemu Remuk

yang diilhamkan Aepul Roza, Zarul menaruh keyakinan, single

itu mampu mengembali­kan magis yang lama dinantinya. Untuk menarik perhatian peminat, Zarul juga sanggup menukar judul asal lagu itu, Pemutar Bicara kepada Remuk bersesuaia­n lirik yang menggambar­kan hati yang terluka.

“Mungkin kerana keakraban dengan Aepul memudahkan kami mencari keserasian dalam berkarya. Lagu yang dihasilkan­nya bersesuaia­n dengan jiwa. Bukan tidak pernah berusaha mencari kelainan, namun saya pasti akan kembali kepadanya kerana Aepul tahu apa yang saya inginkan,” katanya.

Mengakui keupayaan pengkarya muda menghasilk­an lagu yang mampu mengembali­kan zaman kegemilang­annya, Zarul bagaimanap­un, yakin dengan pilihannya. Namun, itu tidak bermakna dia tidak berminat mencuba karya komposer muda dalam mewarnai kanvas muziknya.

Selami emosi

“Sebelum Remuk, saya ada menerima dua lagu lain. Namun, saya terpaksa menolak kerana melodinya agak moden dan tidak serasi dengan jiwa. Selepas merakamkan dua lagu itu, saya rasakan seperti ada yang tidak kena.

“Saya minta pendapat isteri dan dia mengakui perkara itu. Dia juga meminta pandangan pemuzik lain dan mereka turut memberikan jawapan sama,” katanya.

Memang agak lama saya menyepi dan saya memerlukan sebuah karya yang mampu memacu semula nama serta kerjaya. Remuk datang tanpa diduga dan apabila susunan muzik dibuat, ia sesuai dengan vokal saya” Zarul

 ?? [ FOTO AMIRUDIN SAHIB / BH ] ??
[ FOTO AMIRUDIN SAHIB / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia