Berita Harian

Usaha tarik peminat baharu

-

Akur jiwanya lebih terarah kepada melodi 1990-an, Zarul yang ditemui pada majlis pelancaran Remuk di Petaling Jaya, baru-baru ini berkata, lagu itu disuntik elemen yang mengekalka­n identitiny­a.

Lama menyepi

“Memang agak lama saya menyepi dan saya memerlukan sebuah karya yang mampu memacu semula nama serta kerjaya. Remuk datang tanpa diduga dan apabila susunan muzik dibuat, ia sesuai dengan vokal saya.

“Ia berkisar mengenai kesedihan selepas dikecewa dan dipersiaka­n oleh pasangan. Lagu ini memberi peringatan kepada setiap pasangan supaya jangan melukakan hati satu sama lain. Ibarat berlakon, saya cuba selami bait lirik untuk penghayata­n.

“Saya akui, lagu ini agak mencabar dari sudut teknik vokal, tetapi saya berpuas hati dengan emosi yang diberikan,” katanya.

Mengakui kehadiran pelapis industri muzik memberi cabaran, Zarul semakin agresif menyusun perancanga­n untuk memastikan Remuk mendapat tempat di hati ramai peminat.

“Dengan kehadiran media sosial, ia memberi cabaran kepada saya sebagai penyanyi berusia. Saya belum pernah ada lagu yang dijadikan runut bunyi drama dan saya berharap Remuk membuka langkah itu,” katanya.

Projek baharu dengan Umbrella

Tidak mahu terburu-buru mener- bitkan seterusnya, Zarul berkata, selagi bakatnya diterima, kerjaya nyanyianny­a tidak akan terhenti.

“Selain mengekalka­n peminat sedia ada, saya juga berusaha menarik peminat baharu untuk menerima karya saya. Remuk tampil tepat pada masa ketika industri muzik sedang kembali kepada muzik 1990-an.

“Mungkin untuk single akan datang, saya akan mencari sesuatu yang berbeza untuk disesuaika­n dengan selera peminat ketika itu,” katanya.

Zarul berkata, dia juga merancang untuk menjayakan projek baharu bersama Umbrella bagi mengembali­kan memori, namun disebabkan komitmen, usaha itu masih belum menjadi kenyataan.

 ??  ?? Zarul bersama peminat dari Singapura pada majlis pelancaran Remuk, baru-baru ini. single
Zarul bersama peminat dari Singapura pada majlis pelancaran Remuk, baru-baru ini. single
 ??  ?? Aksi Zarul dan Tam Spider di pentas Mentor Otai.
Aksi Zarul dan Tam Spider di pentas Mentor Otai.
 ??  ?? Remuk cabar kemampuan vokal Zarul.
Remuk cabar kemampuan vokal Zarul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia